Malaysia

Lebih 1,000 Ahli WARISAN Parlimen Libaran Keluar Parti

Lebih 1,000 ahli Parti Warisan Sabah (WARISAN) termasuk 11 ketua cawangan dari Parlimen Libaran mengumumkan keluar parti hari ini atas kekesalan mereka terhadap pemimpin parti itu yang dianggap tidak mempedulikan cawangan terbabit selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengumuman keluar parti itu, yang membabitkan semua cawangan parti di bawah Pusat Daerah Mengundi (PDM) Airport dan Sibugal, dipimpin oleh ketua cawangan Sejati 1, Ibrahim Yusof.

“Kami telah bertungkus lumus untuk memenangkan WARISAN pada PRU-14 lalu, tetapi kami langsung tidak dihargai.

“Antaranya, cawangan kami gagal didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), walaupun telah hantar borang pendaftaran sebelum PRU-14 lagi,” katanya pada sidang akhbar mengenai perkara itu yang turut dihadiri kesemua 11 ketua cawangan terbabit.

Ibrahim berkata pengumuman keluar parti 11 cawangan itu tidak ada kaitan dengan mana-mana pemimpin atasan parti dan tindakan itu atas keputusan mereka sendiri.

Katanya, ahli yang keluar parti itu memilih untuk menjadi ahli bebas, sementara Ibrahim memaklumkan telah membuat keputusan untuk menyertai sebuah parti tempatan Sabah iaitu Parti Perpaduan Rakyat Sabah. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close