MalaysiaPilihan Editor

TOKYO 2020: Jeremiah Sekadar Tempat Ke-19

Pintu buat atlet gimnastik artistik lelaki negara, Jeremiah Loo Phay Xing untuk mara ke final acara individu all around di Sukan Olimpik Tokyo 2020 boleh dianggap sudah tertutup.

Ini selepas dia menamatkan saingan kelayakan di kedudukan ke-19 dalam kumpulan pertama membabitkan 22 gimnas dengan mengutip keseluruhan 67.498 mata, hari ini.

Pada saingan yang berlangsung di Pusat Gimnastik Ariake itu, Jeremiah, 23, yang membuat penampilan pertama di pentas Olimpik mencatat 13.100 mata dalam senaman lantai dan 12.266 bagi aksi kekuda berpelana.

Dia kemudian mengutip 7.700 mata dalam gelang roman dan 12.466 mata untuk kategori melombol.

Hanya 24 gimnas terbaik dengan maksimum dua wakil setiap negara layak ke final bagi acara individu all around yang akan berlangsung Rabu ini.

Saingan kelayakan kali ini dibahagikan kepada tiga kumpulan dengan kumpulan kedua dan ketiga dijadual turun beraksi pada petang dan malam ini.

Selain Jeremiah, seorang lagi gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi dijadualkan untuk membuat penampilan sulungnya esok pada pusingan kelayakan all around wanita. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close