Dimensi BisnesPilihan Editor

Universiti Limkokwing Buktikan Cabaran Pendidikan Bukan Halangan Lahirkan Generasi Muda Berkualiti

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Sistem pendidikan di Malaysia dilihat berdepan pelbagai cabaran terutama dalam melahirkan generasi berkualiti bagi membentuk negara pada masa akan datang.

Cabaran yang dihadapi bukan hanya sekadar persaingan memastikan pelajar mendapat pembelajaran sempurna tetapi turut perlu memikirkan cara terbaik membimbing murid agar mempunyai jati diri yang hebat agar berkeyakinan tinggi dalam aspek komunikasi.

Tidak dinafikan sekolah vernakular yang terdapat di negara ini menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah berdepan situasi mencabar terutama dalam mewujudkan keserasian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum namun semua itu bukan alasan untuk membentuk dan melahirkan seorang rakyat yang cintakan Malaysia.

Presiden Universiti Limkokwing, Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Lim Kok Wing berkata negara yang berdepan situasi gelombang Covid-19 telah menjadikan sistem pendidikan negara berubah 360 darjah berikutan semuanya kini menggunakan pembelajaran dalam talian.

“Sistem pendidikan negara mungkin tidak berapa berkesan untuk menerapkan norma baharu pendidikan dalam talian kerana sebilangan guru dan kakitangan kurang memiliki kemahiran diperlukan untuk mengendalikan kelas dalam talian ataupun sumber pengajaran betul sebelum krisis.

“Mereka tidak boleh dipersalahkan kerana kaedah pendidikan sebelum ini tidak mendorong sepenuhnya penggunaan bahan, alat dan kemudahan dalam talian sehingga menyebabkan beberapa tenaga pengajar kurang berkebolehan menggunakannya,”katanya.

Menurut Kok Wing, oleh itu negara memerlukan sedikit masa mempelajari dan menguasai kemahiran mengendalikan kemudahan dalam talian serta memerlukan latihan dan kursus bersesuaian bagi memastikan pelajar dapat menyesuaikan diri dengan norma baharu sistem pendidikan dengan mudah.

“Tidak kira apa jua cabaran yang dihadapi penting bagi generasi muda untuk mendapat pendidikan bertaraf dunia yang akan membolehkan Malaysia terus berdaya saing dan mencapai kejayaan seperti mana yang diterapkan oleh salah satu institusi pendidikan di Malaysia seperti Universiti Limkokwing.

“Bagi Universiti berkenaan pendidikan menjadi kunci masa kepada depan negara. Bukan itu sahaja tenaga pengajar Universti Limkokwing turut diingatkan bahawa pendidikan bukan hanya mengenai mempelajari fakta dan angka secara khusus,”jelasnya lagi.

Tambah Kok Wing, sebaliknya melihat kedua-dua sudut penghujahan dengan berfikir secara mendalam mengenai sesuatu subjek dan persoalan yang mampu melahirkan seorang yang terlatih dalam pelbagai perindustrian di negara ini memerlukan pelajar mempunyai pengetahuan segala-galanya.

Mengikut rekod, lebih membanggakan pada Forum Ekonomi Dunia (World Economic Forum) 2018 telah mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai tahap persaingan lebih baik dalam bidang pendidikan dari 141 buah negara di seluruh dunia.

Malaysia dipilih berdasarkan laporan terbaharunya yang mendapati Malaysia menduduki tangga ke-19 lebih baik daripada negara maju seperti United Kingdom (UK) di tangga 20, Perancis (26), dan Jepun (31). Dalam kalangan negara Asia Tenggara pula, kualiti pendidikan Malaysia, berada di tangga kedua selepas Singapura (1), Indonesia (3), Thailand (4), dan Vietnam (5).

Ini meletakkan Malaysia sebagai salah sebuah negara yang mempunyai daya saing yang kompetatif dan progresif. Malaysia juga merupakan negara pilihan dalam kalangan negara Arab dan Asia Ocenia untuk melanjutkan pelajaran di peringkat pengajian tinggi.

Oleh itu, tegas Kok Wing, penekanan lebih meluas dalam pembangunan sektor pendidikan  secara digital dan secara pembelajaran secara turut menjadikan Malaysia setanding dengan Singapura bagi rantau Asia Tenggara, turut menjadikan sistem pendidikan Malaysia adalah setanding Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jerman. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close