MBSB Bhd melantik Mohamed Rafe Mohamed Haneef sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu MBSB Bank Bhd berkuat kuasa 19 Ogos 2024.
Menurut MBSB, Mohamed Rafe yang kini CEO Kumpulan MBSB memiliki Ijazah Sarjana Undang-undang daripada Harvard Law School dan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (Kepujian) daripada Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM).
Beliau menerima empat kelayakan profesional iaitu daripada Chartered Institute of Islamic Finance Professionals; Securities and Futures Authority (SFA); New York Bar; dan Majlis Peguam, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
Mohamed Rafe memulakan kerjayanya sebagai peguam di Tetuan Mohd Ismail & Co (1994-1999) sebelum menjadi Ketua Pegawai Kemampanan Kumpulan CIMB (2019-2021); CEO Perbankan Transaksi Kumpulan CIMB (2019-2023) dan CEO CIMB Foundation (2019-2023).
MBSB Bank adalah anak syarikat milik penuh MBSB, sebuah bank Islam di Malaysia yang menyediakan kemudahan perbankan patuh syariah kepada pelanggan runcit, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta korporat.




