Duniaku TeknokratPilihan Editor

BELANJAWAN 2021: Kerajaan Umum Kemudahan Pengeluaran Simpanan KWSP Secara Bersasar Sehingga RM6,000

Kerajaan hari ini mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pengeluaran tersebut adalah bagi membantu ahli-ahli yang kehilangan pekerjaan dan dijangka akan meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas.

Beliau berkata KWSP juga telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Lestari pada April yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM6,000.

Katanya, skim berkenaan telah memanfaatkan 4.7 juta ahli dengan nilai RM11.6 bilion.

“Mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari serta kemudahan pengeluaran Akaun 1 ini, jumlah keseluruhan keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga RM12,000,” katanya pada pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen hari ini.

Beliau berkata kerajaan mengunjurkan bayaran bagi pengeluaran Akaun 1 akan melibatkan RM4 bilion dan ahli yang layak boleh memohon mulai Januari tahun hadapan.

Tengku Zafrul berkata inisiatif lain yang diumumkan bagi meringkan hidup rakyat adalah kadar caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan daripada 11 kepada 9.0 peratus mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan bagi meningkatkan pendapatan boleh guna atau take-home pay.

“Ini akan memanfaatkan pencarum KWSP dengan nilai inisiatif sehingga RM9.3 bilion,” katanya. –BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
Close