Malaysia

Danish, Afrina Raja Dan Ratu Pecut SUKMA 2024

Pelari Selangor, Nur Afrina Batrisya, mengungguli acara 100m wanita akhir di Stadium Sarawak, Kompleks Sukan Petra Jaya. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
Pelari Selangor, Nur Afrina Batrisya, mengungguli acara 100m wanita akhir di Stadium Sarawak, Kompleks Sukan Petra Jaya. NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Pelari pecut Johor, Danish Iftikhar Muhammad Roslee dan Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal dari Selangor dinobatkan raja dan ratu pecut SUKMA Sarawak 2024 selepas masing-masing mengungguli saingan 100 meter (m) lelaki dan wanita, sebentar tadi.

Berlari di lorong ketiga, Danish yang baru berusia 17 tahun merangkul pingat emas pertamanya selepas mencatat masa terpantas 10.53 saat (s) pada aksi final yang berlangsung di Stadium Sarawak.

Pelari Selangor, Danish Irfan Tamrin menamatkan aksi di tempat kedua dengan catatan masa 10.60s untuk meraih perak manakala gangsa menjadi milik Muhammad Efrain Feerzan Qhan Mohd Yazid dari Pahang dengan 10.66s.

Sementara itu, Afrina menepati ramalan apabila menyambar emas dalam saingan wanita apabila merakam masa terpantas 11.64s.

Catatan itu turut memperbaharui rekod SUKMA yang dipegang Azreen Nabila Alias dari Terengganu yang mencatat 11.81 ketika edisi 2016 di Perak.

Danish Iftikhar (tengah), mengungguli acara 100m lelaki akhir di Stadium Sarawak, Kompleks Sukan Petra Jaya. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Danish Iftikhar (tengah), mengungguli acara 100m lelaki akhir di Stadium Sarawak, Kompleks Sukan Petra Jaya. – NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Pingat perak acara itu dimenangi pelari Terengganu, Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira yang mencatat 11.90s manakala gangsa diraih wakil Sarawak. Ormilla Octavia Codday Nyadau dengan catatan 12.19s. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close