Duniaku Teknokrat

Mohd Hishamudin Yunus Dilantik Pengerusi SUHAKAM Yang Baharu

Pengerusi Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Datuk Seri Mohd Hishamudin Yunus dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang baharu.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata pelantikan itu bermula Rabu lalu dan berkuat kuasa sehingga tempoh tiga tahun.

“Sukacita dimaklumkan bahawa selaras subseksyen 5(2) Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999 (Akta 597), Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus sebagai Pengerusi SUHAKAM,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Hishamudin sebelum ini adalah graduan undang-undang dari University of London dan beliau pernah berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia, Ketua Pendaftar Mahkamah Agung, Peguam Kanan Persekutuan dan Presiden Mahkamah Sesyen.

Beliau yang mempunyai pengalaman undang-undang selama 45 tahun itu turut memperoleh pensijilan Timbang Tara Komersial Antarabangsa daripada Chartered Institute of Arbitrators, United Kingdom.

Sepanjang perkhidmatannya di Mahkamah Tinggi, beliau sudah menulis lebih 750 penghakiman yang telah dilaporkan dalam jurnal undang-undang.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close