Malaysia

SPRM Sedang Teliti Kesalahan Jenayah Laporan Audit HRD Corp

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneliti keseluruhan dokumen membabitkan isu pengurusan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) untuk mencari kewujudan elemen rasuah, penyelewengan atau salah guna kuasa.

SPRM berkata, selain kesalahan jenayah, pihaknya juga akan meneliti isu-isu kelemahan tatakelola yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024.

Agensi itu juga mengesahkan, pihaknya sudah menerima maklumat serta beberapa dokumen yang berkaitan laporan audit terhadap HRD Corp.

“Dokumen-dokumen ini sudah diserahkan kepada SPRM oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia (KESUMA), Datuk Sri Khairul Dzaimee Daud pada jam 11:30 pagi tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Suraya berkata, terdapat tindakan serta keputusan yang diambil oleh pengurusan HRD Corp tidak mematuhi prosedur dan tidak menjaga kepentingan dalam mencapai fungsi penubuhan syarikat dan KESUMA perlu mengambil tindakan sewajarnya terhadap pengurusan HRD Corp bagi ketidakteraturan yang dikenal pasti.

Katanya, beliau dimaklumkan mengenai proses pengauditan ketika mengambil alih portfolio kementerian pada pertengahan Disember tahun lalu dan mengarahkan KESUMA serta HRD Corp memberikan kerjasama penuh. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close