Governans

MPOB Tumpu R&D Hasilkan Baka Sawit Unggul

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) memberi penekanan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap penghasilan baka sawit unggul bagi meningkatkan pengeluaran sawit negara.

MPOB dalam satu kenyataan berkata penghasilan baka sawit unggul akan meningkatkan produktiviti tanpa menambah keluasan tanah.

Katanya, usaha itu selari dengan komitmen negara terhadap pemuliharaan biodiversiti dan hutan hujan tropika yang diikrarkan pada Sidang Kemuncak Bumi Rio pada 1992.

“Sehingga kini, Malaysia masih mengekalkan lebih 50 peratus kawasan litupan hutan di negara ini,” katanya sempena lawatan kerja Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ke Stesen Penyelidikan MPOB di sini.

MPOB berkata baka sawit elit yang diperkenalkan pihaknya pada 2020 mempunyai 89.7 peratus nisbah mesokarp pada setiap buah sawit yang menjamin kadar penghasilan minyak jauh lebih tinggi berbanding baka sawit lain.

“Pusat Kemajuan Bioteknologi dan Biakbaka (ABBC) MPOB ini menggunakan germplasma sawit untuk tujuan penyelidikan berasaskan bioteknologi dan pembiakbakaan.

“Ia bagi penghasilan benih baharu yang berprestasi tinggi dengan ciri-ciri unik untuk dijadikan bahan tanaman elit bagi memenuhi keperluan sektor perladangan sawit negara,” katanya.

Sementara itu, Johari dalam lawatannya itu turut menanam anak pokok sawit baka Siri Klon Sawit 3 (CPS 3) yang berprestasi tinggi.

Selain itu, beliau turut dibawa melawat plot penyelidikan germplasm Nigerian terawal dan pusat sumber pendebungaan komersial serta plot tanaman PS 1.1 virescens.

MPOB berkata dalam lawatannya itu, Johari turut menekankan kepentingan memilih baka dan bahan tanaman terbaik ketika proses tanaman semula sawit bagi memastikan hasil dan produktiviti sawit yang ditanam dapat memberi keuntungan terutamanya kepada pekebun kecil. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close