GovernansPilihan Editor

RMKe-12, Bajet 2022 Beri Gambaran Hala Tuju Kerajaan

Pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) dan Bajet 2022 pada akhir September dan Oktober ini akan memberi gambaran lebih jelas mengenai hala tuju dasar kerajaan, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Beliau berkata, RMKe-12 dan Bajet 2022 itu akan turut membuka jalan bagi aspek pemulihan, pertumbuhan serta penyusunan semula sosioekonomi untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang.

“Momentum pemulihan dijangka akan diteruskan pada tahun depan dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2022 Malaysia diunjurkan pada paras enam peratus oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan lima peratus oleh Bank Dunia,” katanya dalam Laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-68 yang dikeluarkan pada Rabu.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul juga menegaskan bahawa kerajaan akan terus memastikan persekitaran negara kekal berdaya saing serta kondusif untuk menarik pelabur asing melalui insentif fiskal dan bukan fiskal serta penyediaan bakat atau tenaga kerja tempatan yang berkemahiran tinggi.

“Pilihan ini mencerminkan kepercayaan syarikat antarabangsa itu terhadap ekosistem automotif negara yang kondusif,” kata beliau.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close