GovernansMalaysiaPilihan Editor

‘Ringgit Jatuh Bukan Sebab Saya’ – PM Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal kejatuhan ringgit ketika ini disebabkan ketiadaan Menteri Kewangan sepenuh masa.

Ketika menyangkal dakwaan Ahli Parlimen Bachok dari PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman, Perdana Menteri menjelaskan, kejatuhan ringgit disebabkan pelbagai faktor antaranya disebabkan kekangan antarabangsa.

“Suruh orang yang cadang itu, baca laporan ekonomi dan kewangan bukannya laporan PAS,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Kunci Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Madani Dalur di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Pembangunan Kerajaam Tempatan, Nga Kor Ming dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Syahir dilaporkan berkata, dalam tempoh enam bulan ini, ringgit menyusut berbanding dolar AS dan mata wang lain sehingga mencecah paras RM4.60 berbanding satu dolar AS, dan dijangka boleh mencecah paras RM5 jika tidak dikawal.

Bank pusat itu mengingatkan bahawa prestasi ringgit berbanding dolar AS atau mana-mana mata wang tidak menunjukkan prestasi ekonomi Malaysia, yang dijangka terus berkembang empat hingga lima peratus tahun ini. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close