MalaysiaPilihan Editor

PRN6: Adil dan Saksama Untuk Semua Rakyat Kijal – Calon PAS DUN Kijal, Razali Idris

Datuk Razali Idris berkata, stigma hanya agihan bantuan diberikan kepada pengundi dan ahli parti tertentu perlu dititiknoktahkan.

Sehubungan itu, hasrat beliau membawa Kijal Sejahtera, tidak mengira fahaman politik, latar belakang dan kedudukan, sesiapa yang layak menerima sebarang bantuan dibantu dengan adil.

“Soal ini, Tok Li akan membantu sehabis baik,” ujarnya yang mesra dengan panggilan Tok Li menerusi laman Facebook beliau, hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri ke-15 ini, beliau berdepan dengan penyandang Dun Kijal, Dato’ Seri Ahmad Said.

Berikut tulisan penuh beliau yang juga Pengerusi Badan Pimpinan Bersatu negeri dan Ketua Penerangan Bersatu Malaysia.

Ini hasrat TokLi membawa Kijal Sejahtera, tidak mengira fahaman politik, latar belakang dan kedudukan, sesiapa yang layak menerima sebarang bantuan, insya-Allah semua dibantu dengan adil.

Soal ini, TokLi akan membantu sehabis baik.

Stigma hanya agihan bantuan diberikan kepada pengundi dan ahli parti tertentu perlu dititiknoktahkan.

Ini sangat berlaku sewaktu TokLi bekas pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) dulu. TokLi melihatnya dan rakyat merasainya.

Cukup-cukuplah. Kerana itu, TokLi bertanggungjawab untuk diri ini serta sokongan padu kerajaan negeri PAS selama ini telah menoktahkan agihan bantuan yang berat sebelah oleh pihak di sana dan kini, agihan bantuan kerajaan negeri dilaksanakan secara saksama.

Masalahnya bantuan dari Pusat yang menerusi Umno BN ini tidak sampai semuanya kepada mereka yang layak diberikan apa jua bantuan di Kijal ini.

Rakyat Kijal mendakwa agihan bantuan hanya diberikan kepada mereka yang menyokong Umno dan BN. Bukan mengungkit tetapi fakta.

Jadi kesejahteraan yang diimpikan rakyat Kijal adalah mahu bantuan dibahagikan sama rata.

Kalau ada peruntukan jangan kita pilih orang itu hijau atau biru, yang layak kita kena bahagikan.

Agihan adil dan saksama, semuanya itu di bawah manifesto TokLi – Kijal Sejahtera.

Selari dengan matlamat kerajaan negeri pimpinan PAS, sebagai contohnya kerajaan negeri melalui Pejabat Perikanan Negeri Terengganu memperuntukan RM540,000 bagi projek melabuhkan 794 unjam sejak 2018 hingga kini.

Ikut kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar negeri, usaha dijalankan secara berterusan itu merupakan solusi setelah diadakan program dialog dengan seluruh nelayan di negeri ini.

Di samping itu, bantuan dan peruntukan RM2 juta bagi memperkasakan fasiliti pelancongan yang terdapat di Terengganu juga dilaksanakan atas tujuan menambahbaik dan menyelenggara fasiliti pelancongan setiap daerah termasuk di kawasan pelancongan berasaskan komuniti (CBT).

TokLi nak beritahu, semua yang layak itu dapat agihan dan bantuan itu.

Kalau dulu waktu COVID-19, kerajaan Terengganu memperuntukan RM9.6 juta untuk insentif kepada golongan berpendapatan rendah yang terputus mata pencarian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Terima kasih Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

TokLi difahamkan menerusi peruntukan melalui Pakej Rangsangan Terengganu Cakna (PRTC), memberi tumpuan kepada golongan peniaga kecil, buruh, petani, peneroka, pemandu teksi dan penarik beca sewaktu PKP, malahan bantuan disalurkan kepada semua 32 DUN.

Jadi, rakyat Kijal jangan bimbang dan khuatir, insya-Allah suara rakyat Kijal menerusi TokLi sebagai wakil rakyat baharu berteraskan perjuangan yang benar akan direalisasikan sehabis baik.

Di bawah manifesto PAS untuk rakyat Terengganu, antaranya disediakan tabung bantuan pertanian, penternak dan nelayan sebanyak RM10 juta setahun dan tabung geran usahawan belia sebanyak RM5 juta setahun kepada belia yang baru mulakan perniagaan.

TokLi juga akan memperkasakan peranan Pusat Khidmat Masyarakat dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Kijal ini bagi mengenal pasti seberapa ramai rakyat Kijal yang memerlukan bantuan.

Ayuh rakyat Kijal, anda berhak melakukan pembaharuan yang berani dan benar! – HARAKAHDAILY 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close