MalaysiaPilihan Editor

RAKYAT SABAH MEMILIH: Permainan Kotor Musuh Politik Masih Berleluasa, Cubaan Sasar Wanita UMNO Kalabakan Keluar Parti Tidak Benar – Norliza

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

“Permainan kotor musuh politik masih berleluasa,” tegas Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim.

 

Sasaran terkini musuh politik ialah  menyasarkan kepada Ketua Wanita UMNO Bahagian Kalabakan, Puan Chaya Sulaiman yang kononnya beliau akan keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam tempoh terdekat seperti ditularkan di media sosial.

Tegas Norliza yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, kesetiaan dan keikhlasan dalam perjuangan adalah prinsip utama yang didokong Wanita UMNO.

“Tidak sesekali perjuangan Wanita UMNO mengkhianati parti, ahli parti dan rakyat waima pada waktu susah dan senang dalam perjuangan selama ini.

“Saya menegaskan permainan kotor musuh politik masih berleluasa apatah lagi menyasarkan kepada Ketua Wanita UMNO Bahagian Kalabakan, Puan Chaya Sulaiman yang kononnya beliau akan keluar UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam tempoh terdekat seperti ditularkan di media sosial,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Justeru itu, beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang menolak sekeras-kerasnya cubaan pihak tertentu yang berusaha memecah-belahkan perpaduan dalam kalangan UMNO, apatah lagi pihak tertentu ini pasti kecewa di atas kegagalan mereka dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang lalu.

“Saya ingin mengingatkan bahawa Wanita UMNO sentiasa redha di atas setiap perjuangan yang dilalui apatah lagi UMNO sudah melalui fasa kekalahan yang lebih teruk sebelum ini.

“Keputusan di DUN Kukusan yang memperlihatkan kekalahan tipis 10 undi calon tunggal Wanita UMNO, kepada calon Parti Warisan Sabah (Warisan) tidak sama sekali mematahkan semangat perjuangan kami.

“Dalam politik, menang atau kalah adalah adat dan rencam permainan strategik,” ujar Norliza.

Justeru itu, Norliza menegaskan jauh sekali wujudnya unsur sabotaj dalam kalangan jentera Barisan Nasional.

“Kita berjuang dengan niat yang ikhlas dan hanya orang yang kecewa dan irihati sahaja menimbulkan polemik sedemikian kerana mereka telah menyedari bahawa kekuatan dan kegerunan yang ditunjukkan Wanita UMNO dan parti UMNO semakin terkesan.

“Rakyat sudah mula beralih dan menyakini semula parti keramat ini,” tegas Norliza lagi. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close