MalaysiaPilihan Editor

Ulama Tersohor, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, Meninggal Dunia

Ulama tersohor, Syeikh Yusuf Abdullah al-Qaradawi, meninggal dunia pada usia 96 tahun, menurut Persatuan Ilmuwan Islam Antarabangsa (IUMS).

Allahyarham meninggalkan legasi penulisan yang kini menjadi rujukan kepada umat Islam di serata dunia.

“Dunia Islam kehilangan seorang ulama dan guru yang jujur, alim, dihormati lagi disegani,” kata IUMS, yang juga persatuan diasaskan oleh Qaradawi, menerusi Twitter.

Qaradawi dilahirkan di Mesir tetapi menghabiskan sebahagian besar hidupnya di Qatar, di mana beliau menetap sehingga akhir hayatnya.

Beliau juga adalah pemimpin Ikhwanul Muslimin, pergerakan sosio politik Islam yang mencetuskan revolusi Mesir pada 2011. – AGENSI

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close