MalaysiaPilihan Editor

Najib Tiba Di Mahkamah Untuk Semakan Keputusan Kes SRC

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan pagi ini akan memutuskan sama ada membenarkan atau menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menyemak keputusan sabitan dan hukuman atas kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Bekas Perdana Menteri itu tiba di Mahkamah Persekutuan bagi mendengar keputusan terhadap permohonannya untuk menyemak semula sabitan dan hukumannya dalam kes rasuah SRC International.

Beliau dilihat memasuki pekarangan di Mahkamah Persekutuan pada 8.36 pagi dengan diiringi polis dan pegawai Jabatan Penjara.

Permohonan Najib untuk dapat kebenaran semak sabitan, hukuman pagi ini akan diputuskan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Abdul Rahman Sebli bersidang bersama-sama Datuk Vernon Ong Lam Kiat, Datuk Rhodzariah Bujang serta Datuk Nordin Hassan termasuk Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abu Bakar Jais.

Permohonan kebenaran bagi semakan itu dibuat mengikut Aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995.

Najib diwakili peguam senior, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah manakala Datuk V Sithambaram bertindak sebagai responden yang mewakili Pendakwa Raya dalam permohonan semakan itu.

Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi (kini hakim Mahkamah Rayuan) Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali mendapati bekas perdana menteri itu bersalah di atas tujuh pertuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana SRC.

Mohd Nazlan sehubungan itu menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib, dan keputusan itu dikekalkan Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 serta panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos tahun lalu. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close