Dimensi BisnesMalaysiaPilihan Editor

Grab Malaysia Perkenal ‘Grab Travel Pass’ Sebagai Sokongan Kepada MOTAC Untuk Menyemarakkan Kembali Industri Pelancongan Malaysia

Grab bekerjasama dengan rakan syarikat, Malaysia Airlines, Firefly, Agoda dan Klook sebagai usaha sokongan memulihkan ekonomi negara

Grab Malaysia memperkenal Grab Travel Pass sekali gus menyedia kemudahan dan penjimatan atas segala keperluan pelancongan mereka.

Ini adalah sebahagian usaha berterusan Grab dalam menyokong pemulihan ekonomi negara, terutama ketika kekangan perjalanan telah dilonggarkan dan warga Malaysia mula merancang percutian hujung tahun masing-masing. 

Industri pelancongan Malaysia telah mengalami penguncupan ketara akibat pandemik, iaitu penurunan sebanyak 71% sepanjang 2020.

Kemorosotan paling dirasai oleh 3.5 juta warga Malaysia yang berkerjaya di bidang pelancongan, yang turut menyumbang lebih 23% kadar gunatenaga Malaysia.

Mengulas tentang inisiatif Grab ini, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), Datuk Seri Nancy Shukri, berkongsi pendapat bahawa ia selaras dengan sasaran kementerian untuk menyemarakkan semula ekonomi negara menerusi sektor pelancongan. 

“Kami teruja dengan inisiatif Grab yang menyokong Pelan Pemulihan Pelancongan, yang bertujuan membangunkan semula industri pelancongan domestik.

“Dengan pelbagai tawaran dari Grab, kami harap warga Malaysia akan tertarik dan berminat meneroka pelbagai destinasi di negara ini serta dapat menyemarak semula pelancongan domestik.

“Ini akan membantu mereka yang berkecimpung dalam industri pelancongan tempatan untuk bangun semula dalam menjalani kehidupan dengan selesa.

“Menerusi inisiatif dan kerjasama seperti ini, diharap dapat mengeratkan lagi hubungan supaya kita dapat berganding bahu menangani kemelut yang dihadapi sekarang ini,” kongsi Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC). 

“Teras wawasan Grab ialah sentiasa merangka kaedah baharu bagi memenuhi keperluan warga Malaysia yang kian berubah.

“Kami turut terangsang bekerjasama dengan rakan yang serupa minda dan tujuan, untuk memajukan lagi cara warga Malaysia merancang perjalanan kembara dan pelancongan ketika era normal baharu. 

“Tiada yang terbaik daripada mengemukakan sumber tunggal supaya warga Malaysia dapat mengakses dengan selesa segala urusan untuk memenuhi keperluan percutian mereka.

“Dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), diharap dapat menyumbang kepada kerancakan semula industri pelancongan tempatan.

“Kami sangat mengalu-alukan setiap inisiatif kerjasama dengan pelbagai pihak demi mempertingkat keselesaan warga Malaysia amnya,” jelas Rashid Shukor, Pengarah Operasi Negara Grab Malaysia.

Pas percutian yang memenuhi keperluan anda

Grab Travel Pass boleh diperoleh daripada app Grab.  Ia menyedia penjimatan melebihi RM250 pada harga pengenalan RM4.90 (Harga Biasa: RM9.90).

Pengguna boleh mengakses dengan mudah diskaun perkhidmatan perjalanan meliputi tawaran istimewa tiket penerbangan, kemudahan hotel, pengangkutan dan penghantaran menerusi rakan pelancongan Grab yang berkualiti: 

  • Agoda – Potongan 8% bagi tempahan penginapan
      • Sah sehingga 10 May 2022.
      • Sah untuk penginapan di destinasi seluruh dunia.
      • Tiada perbelanjaan minimum diperlukan.
  • Firefly – Potongan RM10 bagi tiket penerbangan
      • Sah sehingga 31 Januari 2022.
      • Penerbangan domestik sahaja.
      • Tiada perbelanjaan minimum diperlukan.
  • Klook – Potongan RM20 bagi tarikan pelancongan
      • Sah sehingga 31 March 2022.
      • Aktiviti domestik sahaja.
      • Perbelanjaan minimum RM250 diperlukan.
  • Malaysia Airlines – Potongan 15% bagi tiket penerbangan
    • Sah sehingga 21 April 2022.
    • Penerbangan domestik sahaja.
    • Tiada perbelanjaan minimum diperlukan.

**GrabPay – Tambahan diskaun RM30 untuk setiap rakan pelancongan Grab apabila anda membayar dengan GrabPay.

    • Grab 
  • Potongan RM5 x 2 perjalanan ke atau dari KLIA/KLIA 2
        • Sah sehingga 28 Februari 2022.
  • Potongan RM5 x 2 perjalanan ke atau dari Lapangan Terbang di luar Lembah Klang
        • Sah sehingga 28 Februari 2022. 
  • Potongan RM5 x 2 mana-mana perjalanan
  • Sah sehingga 28 Februari 2022. 

Selain itu, pengguna juga kini boleh memperoleh GrabRewards apabila mereka menempah penginapan di Agoda melalui jubin ‘Hotel’ pada aplikasi Grab yang akan memberi nilai tambahan pada setiap tempahan dari pengguna.

Bagaimana Untuk mendapatkan Travel Pass 

  • Langkah 1: Lancarkan aplikasi Grab. Tatal ke bahagian Keep Discovering dan ketik  kad Travel Pass. 
  • Langkah 2: Gelongsor untuk membayar dengan mengguna GrabPay Wallet. Anda akan melihat halaman pengesahan apabila pembelian berjaya. 
  • Langkah 3: Akses baucar anda di bawah My Rewards dan nikmati pelancongan anda!

Grab Travel Pass boleh diperoleh bermula 10 Nov 2021 hingga 31 Januari 2022. Pengguna Grab boleh membeli pas perjalanan menerusi app Grab manakala baucer boleh ditebus menerusi ‘My Rewards’.

Untuk maklumat lanjut mengenai Grab Travel Pass yang terbaru beserta diskaun yang ditawarkan, sila klik DI SINI.

Mengenai Grab

Grab merupakan aplikasi pintar (superapp)  terkemuka di Asia Tenggara, berdasarkan GMV pada 2020 dalam setiap penghantaran makanan, mobiliti dan segmen e-wallet, perkhidmatan kewangan, menurut Euromonitor. Operasi Grab kini merentasi pelbagai bidang termasuk penghantaran, mobiliti dan perkhidmatan kewangan digital di lebih 400 bandar di lapan negara Asia Tenggara iaitu Kemboja, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam. 

Aplikasi pintar Grab membolehkan jutaan orang untuk mendapat khidmat pemandu dan rakan peniaganya untuk memesan makanan atau barangan runcit, menghantar pakej, menaiki kereta atau teksi, membayar pembelian dalam talian atau memanfaatkan perkhidmatan seperti pinjaman, insurans, pengurusan kekayaan dan telemedicine, hanya melalui satu aplikasi pintar harian dimana segalanya tersedia.

Grab diasaskan pada 2012 dengan misi untuk memacu Asia Tenggara ke hadapan dengan mewujudkan pemerkasaan ekonomi untuk semua orang dan sejak itu, aplikasi pintar Grab telah dimuat turun ke dalam berjuta-juta peranti mudah alih. Grab berusaha untuk mengecapi keuntungan dari segi prestasi kewangan bagi pemegang sahamnya dan mencetuskan impak sosial yang positif di benua Asia Tenggara. – GRAB NEWS/BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close