Ekonomi Islam & GlobalPilihan Editor

Aliran Masuk FDI ASEAN Melonjak 42 Peratus

ASEAN mencatatkan pemulihan yang kukuh dalam aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI), melonjak 42 peratus untuk mencecah AS$174 bilion pada 2021, menurut Setiausaha Agungnya Datuk Lim Jock Hoi.

Beliau berkata peningkatan ini mengatasi tahap rekod pra-pandemik serta memulihkan kembali penurunan pada 2020 berikutan wabak COVID-19 selain, mencerminkan daya tarikan ekonomi rantau ini kepada pelabur global.

“Dengan pasaran yang besar termasuk integrasi serantau yang kukuh, ASEAN kekal sebagai destinasi FDI utama di dunia membangun, kedua selepas China dan akan memainkan peranan penting dalam memacu pemulihan ekonomi global,” katanya dalam Laporan Pelaburan ASEAN 2022 yang dikeluarkan hari ini.

Lim berkata FDI intra-ASEAN, yang terus menjadi sumber penting FDI serta asas perkembangan rangkaian pengeluaran di rantau ini, semakin didorong oleh peluang baru muncul dalam sektor seperti kenderaan elektrik, elektronik, ekonomi digital dan teknologi hijau.

Malah, pemula niaga, khususnya unikorn, telah menjadi kritikal dalam memacu trend baharu ini dan menyumbang kepada transformasi Industri 4.0 di ASEAN.

Firma ekuiti swasta dan modal teroka juga telah memainkan peranan yang semakin aktif dalam menyokong pertumbuhan pemula niaga, dengan jumlah aset di bawah pengurusan menokok dengan pesat kepada AS$66 bilion menjelang 2021 berbanding hanya AS$36 bilion pada 2017, katanya.

Laporan itu disediakan oleh Sekretariat ASEAN serta Persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan dengan kerjasama Jawatankuasa Penyelaras ASEAN mengenai Pelaburan dan Program Kerjasama Pembangunan ASEAN-Australia. – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close