GovernansPilihan Editor

MIDA Agensi Penggalakan Pelaburan Utama Negara – Menteri MITI

Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini bersetuju untuk memperkasakan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sebagai agensi penggalakan pelaburan utama negara.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, berkata ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menyusun semula ekosistem Agensi Penggalakan Pelaburan (IPA) negara yang akan dimulakan dengan penyelarasan fungsi dan peranan IPA serta koridor ekonomi wilayah berkaitan pelaburan secara berfasa.

Beliau berkata, MPN, selaku badan eksekutif tertinggi dalam merencanakan agenda berkaitan pelaburan, juga bertanggungjawab untuk menangani isu dan cabaran utama dalam pelaksanaan projek-projek pelaburan, terutamanya pelaburan strategik dan berimpak tinggi bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek terbabit.

“Dari segi pemerkasaan MIDA sebagai agensi penggalakan pelaburan utama negara, pengukuhan fungsi penyelenggaraan akaun dan pemusatan pelaporan maklumat terkini pelaburan di bawah satu platform atau dashboard tunggal juga akan menangani isu-isu pelabur secara tangkas serta menyokong penggubalan dasar untuk pembangunan industri, insentif galakan pelaburan serta memudahcara perjalanan pelabur serta dan pelaburan yang berkesan.

Sehubungan itu, Tengku Zafrul berkata keputusan menjadikan MIDA sebagai agensi penggalakan pelaburan utama negara adalah juga sebahagian daripada usaha MPN untuk menambah baik dan memperkasakan ekosistem serta landskap pelaburan negara.

“Memastikan tadbir urus IPA yang lebih tersusun kerana ia juga faktor penting bagi pelabur membuat keputusan dan menilai Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan.

“Meningkat dan mengekalkan pelaburan langsung asing (FDI) dan juga pelaburan langsung domestik (DDI).

“Memastikan FDI dan DDI membawa kepada kesan limpahan positif kepada ekonomi dan rantaian bekalan domestik, PKS tempatan serta rakyat Malaysia selaras dengan objektif NIA,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close