Dimensi BisnesPilihan Editor

BACALAH AUTO: PHS Automotive Pengedar Rasmi Audi Di Malaysia

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) menjadi pengedar rasmi bagi kenderaan jenama Audi di Malaysia bermula hari ini.

Pengarah Urusan Bersama PHSAM, Erik Winter berkata, PHSAM adalah syarikat milik penuh Porsche Holding Salzburg (PHS), pakar automotif dari Eropah.

Beliau berkata, syarikat itu akan menjadi pemborong, pemasar dan penyedia perkhidmatan selepas jualan jenama Audi di negara ini.

Selain Winter, PHSAM turut akan diterajui oleh seorang lagi Pengarah Urusan, Kurt Leitner yang juga Pengarah Urusan bagi Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM).

“Kami komited sepenuhnya terhadap pertumbuhan jenama Audi. Audi ialah salah satu jenama premium terkemuka dunia dan mempunyai pengikut tempatan yang setia di Malaysia.

Winter berkata, tumpuan syarikat adalah untuk mengukuhkan rangkaian SUV, S line dan quattr, dengan kenderaan elektrik (EV) memainkan peranan utama dalam pelan hala tuju masa hadapan.

Beliau berkata, dengan kekuatan pengalaman pasukan dan disokong oleh kepakaran global PHS, pihaknya yakin akan pertumbuhan yang mampan untuk jenama Audi.

Barisan produk Audi ketika ini termasuk pilihan sedan, sportback dan SUV seperti A5, A7, Q3, Q5 dan Q8, dan model RS berprestasi tinggi.

Sementara itu, Leitner pula berkata, pengurusan sudah sedia ada akan memperluaskan perkhidmatan selepas jualan dan mengukuhkan rangkaian perniagaan sedia ada untuk mencapai pertumbuhan yang menguntungkan.

“Kepuasan pelanggan adalah keutamaan kami. Kepentingan hubungan kerja yang kukuh dengan rakan kongsi peniaga juga membolehkan jenama ini berkembang dan mencapai sasaran,” katanya.

Bermula 1 Julai 2022, setiap pembelian kenderaan Audi akan ditawarkan dengan penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, jaminan perbatuan tanpa had selama lima tahun dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

PHS adalah sebahagian daripada Kumpulan Volkswagen dan salah satu pengedar automotif terbesar dan paling berjaya di Eropah.

Syarikat yang berpangkalan di Salzburg, Austria itu diasaskan pada 1947 dan beroperasi di 29 negara di Eropah, China, Jepun, Amerika Selatan dan Asia Tenggara. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close