MalaysiaPilihan Editor

Pelajar Tajaan JPA Bekerja Di Luar Negara Boleh Tangguh Kepulangan, Cari Pengalaman Berharga

Memberi ruang dan peluang untuk menimba pengalaman dan bertukar pengetahuan !

Pengalaman bekerja di luar negara serta didedahkan dengan corak pekerjaan bersama komuniti antarabangsa sangat diperlukan dan harus dipupuk dalam pembangunan modal insan negara, antara yang dilihat kerajaan sekarang.

Justeru, kerajaan bersetuju mempertimbangkan penangguhan kepulangan pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di luar negara ke tanah air bagi tujuan bekerja di luar negara.

Katanya, permohonan bagi penangguhan kepulangan ke tanah air boleh dibuat mulai 15 Februari depan melalui laman sesawang https://myself.jpa.gov.my.

“Bagaimanapun, penangguhan kepulangan bagi pelajar yang layak itu tertakluk kepada lima ketetapan sebelum dipertimbangkan.

“Selain itu, tempoh penangguhan yang dibenarkan untuk bekerja di luar negara tidak melebihi tiga tahun dan ketetapan ketiga, pelajar tajaan pinjaman dikehendaki membayar balik nilai pinjaman secara ansuran bulanan dalam tempoh penangguhan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

“Pertimbangan tertakluk kepada tempoh bekerja di luar negara akan dikira sebagai Tempoh Ikatan Berkhidmat yang ditetapkan dalam perjanjian,” katanya.

Maklumat lanjut boleh dirujuk kepada soalan lazim atau maklumat perhubungan yang disediakan di laman sesawang https://myself.jpa.gov.my. – BH ONLINE/BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close