Duniaku TeknokratPilihan Editor

Pengerusi Bank Rakyat Raih Anugerah Keusahawanan

Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Abd Rani Lebai Jaafar meraih Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Usahawan Terbilang pada Forum Perniagaan Muslim Global 2022 (GMBF 2022) yang diadakan baru-baru ini.

Anugerah itu yang disampaikan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penganjur forum berkenaan, mengiktiraf sumbangan dan prestasi cemerlang Abd Rani khususnya dalam sektor keusahawanan.

Abd Rani dalam satu kenyataan berkata, pengiktirafan itu juga menunjukkan usaha keras Bank Rakyat dalam membangunkan usahawan telah memberi impak dan kesan positif kepada kesejahteraan masyarakat bukan sahaja domestik, tetapi masyarakat global.

“Di bawah pelan lima tahun Bank Rakyat 2025 (BR25), Bank Rakyat komited dalam memainkan peranan penting sebagai enjin pertumbuhan yang menggerakkan semula sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dalam usaha membantu mentransformasi dan memperkasakan ekonomi negara serta Keluarga Malaysia,” katanya.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close