GovernansMalaysiaPilihan Editor

Perdana Menteri Wakili Rakyat Ucap Tahniah Kepada Agong

Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili seluruh rakyat Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’​ayatuddinAl-Mustafa Billah Shah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi baginda, hari ini.

Perdana Menteri berkata, beliau dan rakyat mendoakan semoga Allah menganugerahkan Al-Sultan Abdullah kekuatan dan keberkatan untuk terus kekal bersemayam di atas singgahsana dengan penuh kebesaran, kedaulatan serta kesejahteraan.

“Patik dan seluruh rakyat jelata juga berdoa mudah-mudahan Tuanku dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta semua putera, puteri dan seluruh kerabat diraja sentiasa berada dalam lingkungan dan rahmat-Nya jua, dilanjutkan usia zaman serta berada dalam keadaan sihat walafiat selama-lamanya,” katanya dalam kiriman di Facebook, semalam.

Perdana Menteri memaklumkan, negara masih lagi berada dalam tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh yang bertujuan melandaikan lengkung jangkitan COVID-19.

“Insya-Allah, dengan segala usaha yang sedang dijalankan oleh kerajaan Tuanku dalam melawan pandemik COVID-19 ini akan memperoleh kejayaan jua atas limpah perkenan dan naungan Tuanku,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’​ayatuddinAl-Mustafa Billah Shah. - Foto Jabatan Penerangan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’​ayatuddinAl-Mustafa Billah Shah. – Foto Jabatan Penerangan

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close