GovernansPilihan Editor

Ketua Audit Negara Syor 4 Tindakan Berkaitan Kedudukan Kewangan Kerajaan Persekutuan

Ketua Audit Negara hari ini mengesyorkan empat tindakan yang perlu diambil berhubung kedudukan kewangan Kerajaan Persekutuan tahun lalu.

Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, berkata syor pertama ialah Kerajaan Persekutuan disarankan meningkatkan tadbir urus dalam menguruskan perbelanjaan awam selain mempergiatkan usaha ke arah keberkesanan pengurusan perbelanjaan.

“Kedua, menambah baik pengurusan hutang awam iaitu kemampuan keberhutangan dan kemampanan hutang serta pengurusan jaminan kerajaan.

“Ini bagi mengurangkan risiko fiskal terutamanya dalam situasi ketidaktentuan pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan 2022, yang dibentangkan di Parlimen, hari ini .

“Keempat ialah, keperluan meningkatkan keberkesanan fungsi Unit Audit Dalam (UAD) di kementerian dan jabatan dan memastikan anggota UAD mendapat latihan dan bimbingan secukupnya, menyediakan rancangan audit tahunan supaya pengauditan dapat dilaksanakan mengikut keutamaan.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close