MalaysiaPilihan Editor

Penggunaan Bijak AI Untuk Tapis, Pengesahan dan Sebar Informasi Yang Sahih Kepada Masyarakat – Menteri Komunikasi

Pengguna internet, terutama yang kerap mengaplikasikan kecerdasan buatan (AI) dapat memainkan peranan penting untuk menapis, mengesahkan serta menyebarkan informasi yang sahih kepada masyarakat.

Ini ditegaskan Menteri Komunikasi yang berpandangan dalam era maklumat digital yang serba pantas, pengguna dituntut fokus dalam soal keupayaan untuk membezakan antara fakta dan maklumat palsu menjadi semakin penting.

“AI kini memainkan peranan penting untuk menapis, mengesah serta menyebarkan informasi yang sahih kepada masyarakat.

“Dunia sekarang mungkin terpukau dengan AI dan teknologi baharu sehingga menyangkakan AI dan platform media lain menjadi tempat utama untuk mendapatkan informasi,” katanya dalam ucaptama Forum “Siber, Suara dan Sempadan: Merungkai Dinamika Kebebasan Media dalam Era Digital” di Kompleks Konvensyen, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, baru-baru ini.

Forum ini merupakan platform dalam memberi penegasan kepada kepentingan keseimbangan antara kebebasan media, hak bersuara dan kebertanggungjawaban kepada masyarakat.

Menurut Fahmi,  golongan mahasiswa kebiasaannya sangat terdedah dengan pemain industri media dan selalunya (mahasiswa) boleh mendengar sendiri realiti apa yang sedang berlaku dalam perubahan yang sangat rancak dengan kehadiran AI, media sosial dan lain-lain cabaran bagi media arus perdana.

“Saya tahu ramai yang ingat AI merupakan penyelesai segala masalah, tetapi tidak terfikir bahawa AI juga adalah pencetus kepada masalah terutama dalam bidang media.

“Saya berharap di UUM atau Pusat Pengajian Undang-undang (SOL) boleh memperhebatkan debat atau kritis dari aspek ilmiah tentang fungsi dinamika atau penyesuaian yang boleh disesuaikan  dengan keberadaan atau kewujudan AI,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close