Dimensi BisnesPilihan Editor

Perkembangan ‘Gig Economy’ Seperti GrabFood Wujud Peluang Pekerjaan Untuk Rakyat Pahang – Adun Ketari

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Pahang telah membangkitkan perbahasan berhubung isu pekerjaan dan pendapatan yang dilihat merupakan satu kebimbangan rakyat pada tahun depan.

Namun, Adun muda ini turut melihat perkembangan ekonomi digital dan ‘gig economy’ dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Negeri Pahang seperti kerjasama dengan syarikat seperti GrabFood selain Foodpanda.

YB Young Syefura Othman ketika membahaskan Belanjawan 2021 Negeri Pahang pada 17 November 2020 baharu-baharu ini turut melihat bukan sahaja kepada mereka yang hilang pekerjaan atau mahasiswa yang baru habis belajar, namun termasuklah yang masih bekerja tapi takut sekiranya akan hilang kerja.

Menerusi ucapan Belanjawan oleh YAB Dato Menteri Besar, beliau turut berasakan isu pekerjaan kurang mendapat tempat.

“Walaupun ada banyak inisiatif di peringkat Kerajaan Pusat, saya rasa bahawa Kerajaan Negeri juga patut memainkan peranan.

“Jika Kerajaan Negeri hanya mengharapkan dan bergantung kepada penjanaan peluang pekerjaan melalui kemasukan pelaburan ke dalam negeri Pahang, situasi terkini amat mencemaskan,” kata Young Syefura lagi.

Apabila jumlah pelaburan kurang, peluang pekerjaan juga kurang, menurut Adun Ketari itu, Kerajaan Negeri boleh menyediakan platform dan ruang bagi golongan pencari pekerjaan untuk mendapatkan peluang pekerjaan dengan menghimpunkan syarikat-syarikat yang menawarkan peluang pekerjaan melalui program Pahang Job Fair.

“Saya merasakan perkembangan ekonomi digital dan ‘gig economy’ dapat mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat Negeri Pahang.

“Kerajaan Negeri boleh melihat kepada membantu generasi muda untuk mencari pekerjaan atau pendapatan sebagai rider dalam perkhidmatan penghantaran barang dengan berbincang dengan syarikat seperti GrabFood dan Foodpanda untuk merancakkan lagi perkhidmatan mereka di seluruh negeri Pahang.

 

“Inisiatif Kerajaan Negeri seperti PahangMart di mana kita boleh membeli barangan harian melalui perkhidmatan penghantaran juga boleh diperluaskan lagi ke seluruh Negeri Pahang,” ujar Young Syefura.

Di samping itu, menurut beliau, dalam keadaan ekonomi yang sukar sekarang, memang akan sukar untuk syarikat untuk membuka peluang pekerjaan baru.

“Jadi amat penting untuk memastikan walaupun ada yang tidak dapat pekerjaan, mereka dapat menjana pendapatan mereka sendiri. Ramai yang berminat untuk manjadi usahawan dan membuka perniagaan sendiri termasuklah golongan belia.

“Saya harap usaha Kerajaan Negeri untuk memperkasa usahawan di Negeri Pahang melalui membangunkan Pelan Pembangunan Industri Kecil Sederhana (IKS) Negeri Pahang dapat disegerakan.

“Saya menyambut baik Dana Khas sebanyak 10 juta ringgit sebagai bantuan awal dan pengembangan perniagaan khusus untuk golongan muda Negeri Pahang untuk melibatkan diri dalam sektor perniagaan.

“Saya harap Kerajaan Negeri dapat memperkukuh serta menambahbaik pelaksanaan program-program keusahawanan Negeri Pahang,” katanya sewaktu membahaskan dalam DUN Pahang. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close