Dimensi BisnesPilihan Editor

BACALAH AUTO: Range Rover L460 Dibawa Masuk Bulan Depan

Range Rover L460 mengandungi ciri premium yang sangat menarik
Range Rover L460 mengandungi ciri premium yang sangat menarik

Jaguar Land Rover Malaysia bakal membawa masuk kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah generasi kelima serba baharu, Range Rover L460 pertengahan bulan depan.

Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia, Syed Ahmad Muzri Syed Faiz, berkata Range Rover L460 ialah SUV prestasi mewah terbaik dalam kelasnya yang bersedia untuk menjadi pengubah dalam segmen berkenaan.

“Dengan gabungan inovasi yang sempurna dan seni kerja halus terbaik, ini akan menjadikan model Range Rover paling diingini dan kami teruja untuk membawanya ke pasaran Malaysia tidak lama lagi,” katanya dalam satu kenyataan.

Dikuasakan oleh enjin petrol V8 4.4 liter dengan pengecas turbo yang menghasilkan kuasa 530 hp dan 750 Nm tork, Range Rover L460 mengandungi ciri premium yang sangat menarik, termasuk rim aloi 22 inci, ‘All-Wheel Steering’ dan tempat duduk kulit separa-aniline.

Bahagian belakang Range Rover L460
Bahagian belakang Range Rover L460

 

Ia juga dilengkapi dengan teknologi canggih, seperti kamera sekeliling 3D, paparan pemacu interaktif 13.7 inci, kaca melengkung 13.1 inci skrin sentuh terapung, dan sistem audio Meridian antara 400-watt hingga 1,600- watt.

Bakal pembeli yang berminat boleh melayari www.landrover.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Jaguar Land Rover Malaysia, syarikat usaha sama antara Sime Darby Motors dan SISMA Auto, adalah pengimport, pengedar dan peruncit eksklusif kenderaan Jaguar serta Land Rover di Malaysia. – BH ONLINE/BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close