Malaysia

Pesta Liar ‘Aloha’ Di Terengganu, Pemilik Resort Dikompaun RM25,000

Pemilik resort di sebuah pulau peranginan yang menganjurkan pesta liar ‘Aloha’ akan dikenakan kompaun maksimum RM25,000.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata kompaun akan dikeluarkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002.

“Kita sudah memanggil dan mendengar penjelasan pemilik resort dan didapati mereka melanggar peraturan mengikut seksyen berkenaan.

“Melalui penjelasan diberikan juga, kita dapati pemilik resort itu sudah menganjurkan pesta liar ‘Aloha’ sejak 10 tahun lalu, namun penganjuran ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 dan 2021,” katanya.

Selasa lalu, tular poster melalui media sosial mengenai penganjuran acara memaparkan sekumpulan wanita berpakaian seksi termasuk berbikini di tepi pantai yang dikatakan berlaku di pual terbabit pada 20 Mei lalu

Mengulas lanjut, Razali berkata, pemilik resort berkenaan didapati bersalah melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

“Pengusaha resort diingatkan tidak mengambil kesempatan berikutan kehadiran terlalu ramai pelancong dengan menganjurkan aktiviti yang melanggar SOP.

“Kerajaan tidak mahu menjadikan negeri ini sebagai tempat kecelakaan maksiat dan tindakan lebih tegas akan dikenakan ke atas pengusaha resort yang didapati melanggar peraturan itu,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Sumer Bay Resort, Datuk Chong Fah Ming, berkata pihaknya akur dengan denda akan dikenakan.

“Kita meminta maaf dan akan lebih berwaspada serta berhati-hati untuk menganjurkan aktiviti pada masa akan datang,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close