Kedai RuncitPilihan Editor

Peniaga Bazar Ramadan Guna Sistem Pembayaran Boost

Kira-kira 800 peniaga bazar Ramadan tempatan mendigitalkan operasi perniagaan dengan menggunakan Boost bagi tujuan pembiayaan tanpa tunai.

“Dengan hampir setengah juta perniagaan tempatan yang menggunakan Boost di seluruh negara, kami bersedia untuk membantu komuniti peniaga dan PMKS kami. ia bertujuan merealisasikan aspirasi perniagaan mereka melalui ekosistem teknologi inovatif kami yang turut menawarkan aplikasi pembiayaan dan juga pengalaman offline-to-online (O2O) runcit yang lancar, terutamanya ketika Malaysia berada dalam fasa peralihan kepada endemik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Boost Life, Ungku Norliza Syazwan Ungku Halmie berkata, Boost telah merancakkan tawaran dengan ganjaran ‘Kongsikan KeberkaTEN Ramadan’ untuk menggembirakan hampir 10 juta pelanggannya.

“Dengan Boost, pengguna boleh menikmati pengalaman membeli-belah bazar yang lancar dengan insentif dan diskaun yang menarik,” katanya.

Bagi menyokong komuniti peniaga tempatan, setiap Jumaat pada jam 12 tengah hari sehingga 4 petang dari sekarang sehingga akhir April 2022, rakyat Malaysia boleh menebus kredit Duit Raya RM10 di aplikasi Boost sebagai sebahagian daripada kempen ‘Kongsikan KeberkaTEN Ramadan’. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close