MalaysiaPilihan Editor

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Merasmikan Pembukaan NADI Taman Pekan Baru

Akses kepada kemudahan digital dan pelbagai program komuniti boleh dinikmati penduduk sekitar Taman Pekan Baru melalui pembukaan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) pada 18 Julai 2025 lalu.

Inisiatif tersebut selaras dengan usaha Kerajaan MADANI untuk memperkasa masyarakat secara inklusif dalam era digital.

Istimewa pembukaan NADI terkini kali ini telah disempurnakan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr Johari Abdul bersempena Program Hari Bersama Komuniti (HBK), sebagai bukti komitmen kerajaan untuk membawa perubahan bermakna kepada akar umbi.

Turut mengiringi Pengarah Urusan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Tuan Abdul Karim Fakir Ali, Ahli Parlimen Sungai Petani, Tuan Dr Mohammed Johari,  ADUN Bakar Arang, Tuan Adam Loh serta ADUN Sidam. Tuan Bau Wong Bau Ek.

Dalam ucapan, Tan Sri Johari menekankan NADI perlu kekal sebagai ruang yang dimiliki bersama rakyat, bersifat relevan dan menyokong pembangunan sosioekonomi komuniti melalui program seperti keusahawanan digital, literasi ICT dan kesejahteraan kendiri.

Beliau turut berkesempatan beramah mesra bersama pemimpin setempat dan masyarakat yang hadir serta menyertai pelbagai aktiviti komuniti dalam suasana penuh muhibah dan kekitaan.

NADI Taman Pekan Baru mula beroperasi 9 Februari lalu merupakan salah satu daripada empat pusat baharu yang ditubuhkan di Kedah di bawah inisiatif “1 DUN 1 NADI”, menjadikan jumlah keseluruhan NADI di negeri tersebut sebanyak 81 buah.

HBK yang dianjurkan ini adalah salah satu inisiatif bagi memperkenalkan fungsi NADI kepada komuniti melalui pelbagai aktiviti Perkhidmatan Pintar yang memberi manfaat seperti saringan kesihatan, pameran keselamatan siber dan robotik, jualan usahawan tempatan, sehinggalah ke pertandingan Mobile Legends dan mewarna Kempen Internet Selamat untuk kanak-kanak.

Perkhidmatan Pintar NADI terus diperkenal dan didekatkan kepada masyarakat sebagai ruang pembelajaran, sokongan keusahawanan dan pemacu komuniti digital yang inklusif. Pembukaan ini juga mengukuhkan komitmen untuk memastikan setiap lapisan masyarakat tidak ketinggalan dalam arus pendigitalan negara. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close