MalaysiaPilihan Editor

Seluruh Wanita UMNO Malaysia Berdiri Teguh Bersama Parti, Ketua Wanita UMNO, Noraini – Kata Norliza Abdul Rahim

Oleh wartawan BacalahMalaysia,my

 

Seluruh Wanita UMNO Malaysia berdiri teguh bersama parti !

Seluruh Wanita UMNO Malaysia berdiri teguh bersama Ketua Wanita UMNO Malaysia !

Suara ini ditegaskan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim yang menghormati keputusan YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang jelas menunjukkan Ketua Wanita UMNO Malaysia adalah seorang yang berjiwa besar.

“Peletakan jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi adalah satu tindakan yang sangat berani.

“Moga Allah SWT merahmati memberi kekuatan dan ketabahan kepada YB Datuk Seri Dr Noraini Ahmad,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

“Kepada Allah SWT kita berserah.

“Allah SWT jua sebaik-baik perancang,” kata Norliza lagi.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia juga bertegas bahawa Wanita UMNO pasti terus utuh dan sentiasa mendokong dalam perjuangan parti.

“Saya dan seluruh Wanita UMO Malaysia berdiri teguh untuk mempertahankan parti keramat UMNO dalam memperjuangkan kebenaran sejati.

“Wanita UMNO tidak sesekali gentar dan undur walaupun dalam keadaan sukar sekalipun, waima keutamaan sekarang ialah membantu rakyat sebaik habis dalam keadaan seadanya,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close