Aeon Co (M) Bhd mencatatkan prestasi memberangsangkan bagi tahun kewangan 2024, didorong oleh inisiatif pembaharuan pusat beli-belah yang berjaya.
Menurut Nota Kajian Mercury Securities, segmen pengurusan hartanah Aeon merekodkan pertumbuhan 10 peratus tahun ke tahun bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun 2024.
Kejayaan ini disumbangkan oleh usaha pengurusan dalam mengubahsuai pusat beli-belah dan mengoptimumkan campuran penyewa.
Kadar penghunian sudah mencapai kepada 95.1 peratus untuk sembilan bulan tahun ini berbanding 91.5 peratus untuk setahun penuh pada 2024. Malah, pihak pengurusan menyasarkan kadar pembaharuan sewa sebanyak 90 peratus menjelang akhir tahun 2024.
Saham Aeon telah meningkat sebanyak 40 peratus setakat tahun ini, namun Mercury Securities berpendapat masih terdapat ruang untuk peningkatan selanjutnya.
Aeon kini diniagakan pada 13.1 kali ganda nisbah harga kepada pendapatan (PE) bagi unjuran pendapatan FY25, berbanding 16-34 kali ganda bagi pesaing seperti Padini, MrDIY, dan 99 Speedmart.
Saham Aeon telah menunjukkan prestasi positif sejak awal tahun 2024, meningkat dari RM1.10 kepada RM1.61. Analisis teknikal menunjukkan potensi peningkatan harga saham dengan sasaran pertama pada RM1.55 dan sasaran kedua pada RM1.65. – BH ONLINE