Pilihan EditorTwo Cents

KULI TINTA: Adab & Akhlak Cerminan Tertinggi Diri Sendiri

Ayat pertama al-Quran bermula dari Iqra atau Bacalah.

Berlandaskan konsep Iqra atau Bacalah, matlamat asasnya adalah untuk menghapuskan kejahilan dalam kalangan manusia.

Surah ini menyuntik kesedaran manusia tentang proses penciptaan manusia, iaitu dari sudut perhambaan seorang insan dengan Penciptanya.

Pada penurunan awal ayat al-Quran, Allah SWT memberi pengajaran bahawa manusia itu perlu belajar dan menggali ilmu supaya menjadi manusia yang celik fikiran dan mata hatinya. Pada masa yang sama menginsafi tentang latar belakang dan proses kejadian manusia supaya ia sentiasa taat dalam menjalani kehidupan di dunia.

Manakala pada akhir kalam Allah itu antara inti pati yang boleh diambil adalah kewajipan menjaga kebajikan sesama insan.

Maka, antara pengajaran yang boleh kita ambil di sini ialah, kesempurnaan hidup manusia itu adalah apabila terdapat keseimbangan antara duniawi dan ukhrawi, dengan meletakkan akidah iaitu ADAB dan AKHLAK sebagai teras yang utuh.

Soalnya kebanyakan manusia di zaman sekarang acapkali mencemuh atau menyumpah kalau tidak suka !

Ada kebanyakan manusia suka menghina atau memperlekehkan apabila diri itu berasakan diri itu paling tinggi ilmunya !

Ada kebanyakan manusia suka sindir menyindir waima dia itu seorang pendakwah, ulama, pemimpin politik, malahan golongan cerdik pandai bertaraf Profesor atau punya PhD.

Kekadang yang ada PhD (pendendam-hasad-dengki) ini adalah golongan paling bahaya kerana hasutan, fitnah, sombong, ego dan takbur mereka sama ada disedari atau tidak apabila berurusan dengan insan lain.

Jagalah ADAB dan AKHLAK, itu sebaik-baiknya kerana ia lebih baik dari insan yang punya ilmu tinggi yang tidak punya ADAB dan AKHLAK itu.

Oleh itu, seelok-eloknya jaga ketakwaan supaya kita sebagai manusia akan terus dapat menjaga hubungan antara makhluk dengan Tuhannya.

Ketakwaan akan melahirkan cinta seorang insan terhadap Allah SWT, dan kecintaan terhadap Pencipta manusia akan menatijahkan keperibadian yang luhur iaitu ADAB dan AKHLAK untuk sesiapa sahaja, atau apa sahaja yang berada di sekeliling insan berkenaan. – BACALAHMALAYSIA.MY

  • Penulis ialah seorang pemerhati hal-ehwal kemasyarakatan yang mementingkan keamanan, kesejahteraan dan damai. Punya pengalaman hampir 30 tahun dalam dunia tinta yang tiada titik-noktahnya

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close