MalaysiaPilihan Editor

TERKINI – Tanah Runtuh Batang Kali: Lapan Maut, 60 Diselamatkan

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Lapan maut, manakala 60 mangsa berjaya diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan berhampiran sebuah ladang organik, Father’s Organic Farm, di Gohtong Jaya, setakat ini.

Polis mengesahkan angka itu, setakat jam 10.16 minit pagi ini.

Terdahulu, Pengarah JBPM Selangor, Datuk Norazam Khamis dilaporkan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 2.24 pagi.

Beliau berkata, ketinggian runtuhan dianggarkan setinggi 30 meter dengan anggaran keluasan runtuhan sebesar tiga ekar (1.21 hektar).

Difahamkan, sebanyak tiga hospital yang terlibat untuk merawat kes-kes daripada kejadian iaitu seorang setakat ini di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang dan ada di Hospital Kuala Kubu Baru.

Sebahagian besar mangsa yang cedera berada di zon hijau. – BACALAHMALAYSIA.MY/BERNAMA/MALAYSIAGAZETTE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close