Duniaku TeknokratPilihan Editor

Boustead Lepaskan Pegangan University of Nottingham Di Malaysia

Boustead Holdings Bhd (Boustead) hari ini mengumumkan ia keluar daripada usaha samanya dalam University of Nottingham di Malaysia (UNM) sejajar dengan strategi memperkasa perniagaannya dikenali ‘Reinventing Boustead’.

Strategi itu memberi tumpuan dalam merasionalisasikan aset bukan strategik serta mempercepat peningkatan prestasi kumpulan, pengukuhan dengan memanfaatkan peluang baharu muncul untuk penciptaan nilai dalam perniagaan teras sedia ada, dan pada masa yang sama memastikan ia menguruskan kos dengan baik dan memaksimumkan pulangan kepada pemegang saham.

Sejajar dengan hala tuju itu, Boustead telah memutuskan untuk membuat perjanjian penjualan saham bersyarat dengan University of Nottingham, United Kingdom, melepaskan 66.41 peratus pegangan saham kawalannya dan kampus di Semenyih, Selangor dengan harga £23.5 juta (kira-kira RM137 juta).

University of Nottingham kini mahu menjadi pemegang saham majoriti di UNM dengan pembelian menerusi anak syarikat milik penuh Malaysia, saham Boustead dalam UNM.

 

Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly.
Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly.

Beliau berkata, sebagai syarikat berkaitan kerajaan, Boustead akan terus membentuk kerjasama dan perkongsian lain yang akan membantu mempersiapkan bakat masa depan yang berharga terutamanya dalam bidang teknologi digital, tenaga boleh diperbaharui dan Internet Segalanya (IoT).

“Kami akan terus membangunkan hubungan yang terjalin dengan UNM, sambil memupuk hubungan dengan institusi pengajian tinggi tempatan yang lain termasuk Universiti Teknologi MARA dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, yang memfokuskan pada penyelidikan dan pembangunan dalam bidang farmasi, perladangan, marin dan aeroangkasa serta minyak dan gas yang sejajar dengan kekuatan teras Boustead.

“Dengan meletakkan UNM di bawah pengawasan penuh University of Nottingham, kami percaya UNM akan terus mencapai kejayaan yang hebat pada masa akan datang. University of Nottingham adalah institusi global yang dihormati dan kami mengucapkan yang terbaik untuk semua usaha UNM yang akan datang,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Naib Canselor UNM, Profesor Shearer West, berkata komitmen terhadap UNM dan Malaysia kekal kukuh seperti biasa.

Beliau berkata, transaksi itu akan membolehkannya membina asas yang luar biasa dalam pengajaran dan penyelidikan untuk membangunkan program pengajaran dan penyelidikan inovatif baharu yang menyokong pembangunan lestari tempatan, serantau dan global. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close