MalaysiaPilihan Editor

PRK DUN SLIM: Keutamaan Harus Diberikan Kepada Calon Tempatan – Kata Pengerusi BN

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Barisan Nasional (BN) akan mengambil kira calon yang terbaik !

Keutamaan harus diberikan kepada calon tempatan !

Keyakinan ini disuarakan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berpandangan pastinya parti akan memilih calon anak tempatan yang terbaik atas cadangan Bahagian dan Negeri.

Setakat ini, katanya, belum lagi meneliti mana-mana calon kerana Perhubungan Negeri (UMNO Perak) belum mengemukakan nama kepada beliau selaku Pengerusi BN.

“Tetapi kita akan mengambil kira pandangan daripada UMNO dan BN Tanjung Malim terutama Cawangan-cawangan dan Pusat Daerah Mengundi.

“Kita juga akan mengambil kira calon yang terbaik pada kali ini bagi menggantikan Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abd Talib.

“Saya mempunyai pegangan bahawa keutamaan harus diberikan kepada calon tempatan,” kata Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO.

Tegasnya, jentera BN kini sedang bersiapsiaga bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) DUN tersebut.

“Parti akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

“Oleh kerana kemenangan (sebelum ini) dan ADUN UMNO yang mewakili BN maka adalah menjadi kewajipan kepada UMNO untuk mempertahankan kerusi DUN Slim,” kata Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk kepada pemberita selepas perjumpaan khas bersama Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Bagan Datuk empat peringkat, di sini.

PRK DUN Slim dijangka akan diadakan selepas ADUN Slim, Mohd Khusairi, 59, disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada jam 4.15 petang di Hospital Bentong selepas tiba-tiba pengsan ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf and Country Resort.

Semalam media melaporkan, SPR akan mengadakan mesyuarat khas pada 23 Julai ini bagi menentukan tarikh PRK DUN Slim.

Penentuan itu dibuat selepas SPR menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid, mengenai kekosongan luar jangka kerusi DUN Slim. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close