Duniaku TeknokratMalaysiaPilihan Editor

INCEIF University Lantik Gabenor BNM Sebagai Canselor

INCEIF University mengumumkan pelantikan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus sebagai Canselor universiti itu, menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang menjadi Canselor pertama sejak 2009.

Ia turut melantik Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar sebagai Pro-Canselor.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif INCEIF Prof Datuk Dr Azmi Omar berkata pelantikan kedua-dua tokoh ini bakal mengukuhkan lagi kedudukan INCEIF dalam usaha berterusan untuk membentuk serta membangunkan bakat-bakat baharu dalam industri kewangan Islam dan menjadi pelopor kepada pelbagai cabang lain yang berkaitan.

“Dalam tempoh perubahan yang pesat dan cabaran dalam pendidikan tinggi, dalam persekitaran dunia yang mahu menjadi lebih inklusif, berdaya tahan dan mampan, INCEIF bersedia untuk meraih manfaat daripada gabungan pengalaman mereka dalam penggubalan dasar, kewangan dan pandangan Syariah,” katanya dalam kenyataan.

Beliau juga adalah Ahli Majlis bagi Islamic Financial Services Board (IFSB) dan Ahli kepada Lembaga Pengelola, International Islamic Liquidity Management Corporation.

Beliau juga ialah ahli Lembaga Shariah bagi institusi dan organisasi kewangan antarabangsa seperti Amundi Asset Management (France), Bank of London dan Timur Tengah, Dow Jones Islamic Market Index (New York), Morgan Stanley (Dubai) dan Sedco Capital (Arab Saudi). – BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close