Pilihan EditorTwo Cents

ULANG TAHUN BN: 48 Tahun Bersama Rakyat – Peguam Muda Kampung

  Oleh Faisalludin Mohamat Yusuff

Setelah memenangi PRU umum pada 27.7.1955, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC telah meneruskan usaha mendapatkan kemerdekaan dari Inggeris.

Alhamdulillah syukur akhirnya usaha ini menghasilkan kemerdekaan negara kita pada 31.8 1957 yang kita nikmati kini.

Apabila berlakunya rusuhan kaum pada 13.5.1969, kerajaan perikatan yang ditunjangi oleh Umno MCA dan MIC sekali lagi menjadi penyelamat kepada perpaduan dan keselamatan negara selepas itu.

Negara dibangunkan semula melalui perpaduan dan semangat kerjasama antara pemimpin UMNO, MCA dan MIC ketika itu.

Penglibatan tokoh pemimpin dari MCA dan MIC seperti Tun Tan Siew Sin, Tun VT Sambathan, V Manickavasagam, Khaw Kai Boh dan Lee Siok Yew telah mampu membangunkan semula negara dari ujian perpaduan kaum yang meruncing ketika itu.

Dan kini atas nama Barisan Nasional selepas ianya ditubuhkan pada tahun 1973, UMNO MCA MIC dan PBRS masih utuh bersama walaupun diuji dengan kekalahan dan kehilangan teman pada PRU 14 yang lalu.

Pengalaman bersama semenjak sebelum kemerdekaan hendaklah kita teruskan dan dijadikan panduan untuk kita bangkit bersama memimpin negara ini semula apatah lagi selepas dilanda ketidakstabilan dan wabak yang mengganas.

Esok (1 Jun)  merupakan sambutan ulang tahun BN yang ke 48 dan sudah pasti kesemua ahli BN khasnya dan rakyat negara ini amnya akan menanti-nanti ucapan perasmian oleh Pengerusi BN.

Apakah amanat beliau kepada ahli BN bagi menghadapi PRU 15 tidak lama lagi. Dan paling penting apakah hala tuju yang ingin dibawa oleh BN dalam mengurus tadbir negara ini kelak. Sama samalah kita nantikan dan saksikan.

Kepada Allah Jua kami berserah dan memohon bantuan demi sebuah Kesetiaan dan Kestabilan.

Akhirat, negara dan keluarga

  • Penulis ialah Peguam Muda Kampung (PMK)

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close