MalaysiaPilihan Editor

PRK PULAI & SIMPANG JERAM: Muar Jadi Pintu Masuk ‘Gelombang PN’ – Sanusi

Gelombang Perikatan Nasional (PN) yang melanda di beberapa negeri ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, dijangka berulang di Johor dengan kemasukannya bermula dari Muar sebelum berakhir di Johor Bahru.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, berkata Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram akan menjadi pintu masuk serta pencetus kepada gelombang PN sebelum bertapak di negeri ini pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, justeru pengundi di DUN Simpang Jeram perlu membuat eksperimen untuk memastikan gelombang ini terus kekal serta sebagai isyarat penting kepada Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Gelombang yang tercetus dalam PRN lalu akan melanda Johor sampai ke Singapura. Saya dah habaq (beritahu) tadi sampai ke hujung.

“Johor tidak terkecuali dengan permulaannya di sini (Simpang Jeram) sebelum kita mengambil alih negeri dalam tempoh dua tahun setengah lagi,” katanya pada sidang media selepas Pelancaran Jentera dan Pengisytiharan Calon PN di Markas PAS Bakri, malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, Pengerusi PN Johor, Datuk Datuk Dr Sahruddin Jamal, Pengerusi PN merangkap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Agung, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Muhammad Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah berkata, PRK ini amat besar ertinya kepada politik Malaysia bukan sahaja untuk rakyat Johor tetapi memberi isyarat supaya Malaysia dapat diselamatkan daripada tangan rakus.

“Isyarat akan bermula di Simpang Jeram, Insya-Allah bangsa Johor boleh mengajar penipu untuk berhenti daripada berkata-kata.

“Saya berharap Simpang Jeram akan menerima aura dari enam negeri (Terengganu, Kelantan, Kedah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor).

“Gelombang PN telah melanda di Pantai Timur, Utara dan turun ke Selatan tanah air, dan saya yakin Simpan Jeram serta Pulai ini akan menjadi penentu penting untuk kita hantar mesej kepada Perdana Menteri.

“Bukan perkara mustahil benda ini boleh berlaku, siapa sangka negeri terkuat DAP di dunia, Pulau Pinang kalah 11 kerusi…tiada siapa menyangka tapi saya tahulah sebab jiran saya,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close