MalaysiaPilihan Editor

PRN6: Kesungguhan Rakyat Kijal Responsif Terhadap Wakil Rakyat Baharu Kelak – Razali Idris

Datuk Razali Idris ialah calon BERSATU yang menggunakan logo PAS dalam DUN Kijal

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

“Saya sebenarnya cukup teruja di atas kesungguhan rakyat Kijal yang responsif terhadap wakil rakyat yang baharu kelak,” itu luahan isi hati calon PAS Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal, Datuk Razali Idris.

Beliau yang disenangi dipanggil TokLi turut melihat rakyat Kijal telah memberi MESEJ JELAS bahawa suara hati mereka perlu didengari, keluh kesah mereka perlu disantuni, nadi denyut mereka perlu dirasai.

“Insya-Allah, berikanlah kepercayaan ANDA menerusi undi pada hari esok kepada TokLi sebagai suara rakyat Kijal yang berjiwa besar.

“Terima kasih pengundi Kijal, anda sebenarnya pejuang rakyat,” kata Razali dalam hantaran di Facebook rasminya, TokLi4Kijal.

Penganalisis tempatan turut meramalkan Razali dijangka menjadi GIANT KILLER bagi menumbangkan penyandang Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dari UMNO yang dipegang sejak 1990.

Ramai rakyat Kijal dijangka beralih undi bagi membolehkan TokLi diberikan mandat untuk lima tahun mendatang ini sebagai tanggungjawab dan amanah rakyat.

Razali juga berharap hari esok (12 Ogos bersamaan hari Sabtu) adalah hari KEMENANGAN untuk masa depan Kijal.

Dalam hantarannya, TokLi dengan rasa rendah diri menyusun 10 jari andainya ada kesilapan dan kelemahan sepanjang kempen selama dua minggu, memohon ampun dan maaf, malahan TokLi menzahirkan rasa berterima kasih kepada rakyat KIJAL KITE yang sangat peramah, budi bahasa, punya akhlak terpuji dan paling penting semangat inginkan PEMBAHARUAN.

Tiada masalah kerana TokLi sentiasa terbuka hati untuk bersama-sama rakyat Kijal tidak kira latar belakang sesiapa pun, semuanya demi KIJAL SEJAHTERA.

Untuk melaksanakan pembaharuan dari segi pembangunan yang kepelbagaian, TokLi menaruh harapan tinggi pengundi KIJAL pasti memangkah parti PAS demi TokLi sebagai satu KEBERANIAN perubahan yang lebih baik.

Inilah masa TERBAIK demi manfaat masa depan memberi peluang kepada TokLi untuk terus berbakti kepada masyarakat Kijal. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close