Dimensi BisnesPilihan Editor

Projek Wakaf Mutiaraku RM426 Juta Sasar Kelestarian Pembangunan Komuniti

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Wakaf Pulau Pinang (WPP) bakal melaksanakan Projek Pembangunan Fasa 2 dikenali sebagai Perumahan Wakaf Mutiaraku membabitkan Pangsapuri Jenis Rumah Mampu Milik (1,088 unit), 74 lot komersial dan kemudahan-kemudahan lain di Lot 247 Jalan Sungai Nipah, Pulau Betong dekat Balik Pulau.

Ketua Pegawai Eksekutif WPP, Rosidi Hussain berkata kos pembangunan kasar bagi projek tersebut adalah berjumlah RM426 juta hasil kerjasama pintar WPP bersama Rekabina Jaya Sdn. Bhd. dalam pembangunan ekonomi dan kebajikan komuniti.

“Konsep pembangunan yang dinamakan Perumahan Wakaf Mutiaraku ini diharap menjadi pemangkin pembangunan perumahan yang ada dalam perancangan.

“Saya berharap dengan pembangunan wakaf ini ia mampu merancakkan bentuk keperluan dari segi perumahan dan komersial khususnya kepada umat Islam di negeri ini.

Elemen penting dalam projek ini adalah kesejahteraan ekonomi, kelestarian pembangunan, umah harmoni, pemerkasaan komuniti dan hab pendidikan serta akses prasarana bertemakan kualiti gaya hidup keriangan.

Rosidi berkata dalam satu sidang media pada Majlis Peletakan Batu Asas Pembangunan Wakaf Al-Mashoor Al-Islami (Fasa 2) Balik Pulau Secara Usaha Sama Di Antara Rekabina Jaya Sdn. Bhd. dan WPP.

Gimik peletakan batu asas tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri (TYT) Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dengan menurunkan tandatangan pada batu tersebut.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I, Dato’ Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Mohd. Tuah Ismail; ADUN Bayan Lepas, Azrul Mahathir Aziz; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Sayuthi Abu Bakar dan Pengerusi Rekabina Jaya Sdn. Bhd., Tan Sri Izzuddin Dali.

Rosidi turut memaklumkan bahawa projek tersebut juga memberi pulangan jangka panjang kepada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dan Sekolah Agama Al-Mashoor Al-Islami menerusi pembinaan dewan konvensyen mini, astaka, kompleks sukan dan rekreasi, naik taraf padang sintetik, naik taraf surau dan pelbagai kemudahan lain.

“Pembangunan ini diharap akan memberi pulangan hasil yang besar terhadap kemajuan negara amnya dan ekonomi umat Islam secara khusus menerusi penyediaan infrastruktur perumahan yang lebih terancang dan kondusif kepada golongan B40 dan M40 di Pulau Pinang.

“Sekarang status projek adalah sedang menunggu kelulusan kebenaran merancang oleh pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), paling awal projek dijangka dapat dijalankan pada Julai 2023 dengan anggaran masa selama 36 bulan untuk disiapkan,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close