GovernansPilihan Editor

Kemasukan 450,000 Pelancong China Bantu Tingkat Pelancongan Malaysia – Kata Tiong

Visa pelancongan dilonggarkan

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

Kemasukan 450,000 pelancong China memberi impak positif industri pelancongan Malaysia !

“Ini satu kejayaan,” kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.

Menurutnya, kejayaan ini adalah hasil lawatan beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan rasmi ke China pada 29 Mac lalu.

“Susulan itu, satu rundingan dengan pihak berkuasa termasuk Jabatan Imigresen (JIM) akan diadakan bagi menangani perkara berkenaan.

“Malahan saya cukup yakin bahawa sasaran kementerian boleh mencapai 5 juta ketibaan pelancong dari China pada tahun ini,” katanya kepada media selepas majlis berbuka puasa kementeriannya, di sini, malam tadi (13 April 2023).

Malaysia bakal menerima kemasukan 450,000 pelawat China selepas menandatangani perjanjian dengan dua agensi pelancongan dari negara tembok besar itu.

Tiong berkata, kerjasama itu turut mengenal pasti beberapa kelonggaran yang akan ditentukan supaya kemasukan mereka lebih lancar.

“Kami berjaya menandatangani perjanjian dengan dua agensi pelancongan di China iaitu satu agensi akan membawa masuk 350,000 dan bakinya 100,000 pelawat.

“Mereka minta kita tangani dua perkara iaitu prosedur permohonan visa yang lebih mudah dan kedua adalah untuk lebih banyak kapasiti penumpang dalam penerbangan antara kedua-dua negara,” katanya. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close