Dimensi BisnesPilihan Editor

Public Mutual Umum Agihan RM235j Untuk 13 Dana

Subsidiari milik penuh Public Bank Bhd, Public Mutual mengisytiharkan agihan lebih daripada RM235 juta kepada 13 dana untuk tahun kewangan berakhir 31 Julai 2021.

Pengurus dana itu mengumumkan dalam satu kenyataan hari ini, agihan 4.0 sen seunit untuk Public Islamic Select Bond Fund; 3.75 sen seunit untuk Public Islamic Income Fund; 3.50 sen seunit untuk Public Bond Fund; 2.0 sen seunit untuk Public Bond Fund dan 1.75 sen seunit untuk Public Growth Fund.

Ia juga mengumumkan pengagihan 1.0 sen seunit setiap satu kepada Public Optimal Growth Fund, Public Australia Equity Fund, Public Islamic Select Enterprises Fund dan PB Asia-30 Equity Fund.

Agihan itu turut memberikan 0.5 sen seunit untuk Public Far-East Property and Resorts Fund, Public e-Income Fund dan Public China Select Fund.

Public Mutual adalah syarikat amanah saham swasta terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 160 dana di bawah pengurusannya.

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close