GovernansMalaysiaPilihan Editor

Kestabilan Politik Dapat Jayakan Agenda Pembangunan Negara, Rakyat – YDP Agong

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan dengan kestabilan politik yang dikecapi kini.

Baginda bertitah, landskap politik negara kini lebih stabil bagi menjayakan agenda pembangunan demi kepentingan rakyat dan masa depan negara.

Titah baginda, kesepakatan ini dicapai menerusi kerjasama dwi-partisan melalui memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani antara pihak kerajaan dengan pembangkang.

“Ini dapat dilihat melalui hasil kesepakatan dan kematangan politik, sehingga pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 berjaya diluluskan melebihi dua pertiga Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara pada Disember lalu.

“Kematangan politik seperti inilah yang didambakan rakyat beta. Melangkah ke hadapan, beta menyeru kepada Ahli Yang Berhormat untuk terus mengekalkan persefahaman yang terbina dan memelihara kestabilan politik yang tercapai,” titah baginda pada perasmian istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-14.

Persidangan kali ini berlangsung selama 16 hari sehingga 24 Mac, manakala mesyuarat Dewan Negara yang dirasmikan serentak dengan Dewan Rakyat hari ini akan berlangsung selama sembilan hari bermula 21 Mac. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close