GovernansMalaysiaPilihan Editor

MEMILIH PRU15: Ugut Penjawat Awam Boleh Rosakkan Struktur Pentadbiran Negara – Tok Mat

Barisan Nasional (BN) membidas sebarang tindakan daripada pemimpin politik mengugut penjawat awam kerana ia berisiko merosakkan struktur pentadbiran negara.

Pengarah Pilihan Raya BN, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata tindakan berdendam seperti itu tidak seharusnya diucapkan oleh seorang pemimpin kanan parti.

“Kita ini janganlah mengugut penjawat awam sebab mereka hanya menjalankan tugas, amat tidak baik bagi seorang pemimpin parti untuk keluarkan kenyataan begitu.

“Mengugut penjawat awam adalah tindakan amat tidak betul dan tidak sepatutnya diucapkan pemimpin parti. Ia boleh menyebabkan sistem pentadbiran negara pincang,” katanya dalam program Mandat Rakyat Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang disiarkan secara langsung di TV3, di sini.

Rafizi dilaporkan, mempersoalkan tindakan itu kerana mendakwa sudah mendedahkan skandal membabitkan projek kapal tempur pesisir (LCS) dan projek tebatan banjir bernilai RM2 bilion berserta bukti sebelum ini, namun perkara itu tidak disiasat SPRM.

Melalui sebuah ceramah ketika berkempen di ibu negara, Rafizi turut mengugut akan mencari Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sekiranya gabungan itu berkuasa kelak.

Pada masa sama, Mohamad yang juga calon BN di Rembau turut mempersoalkan sama ada pemimpin kanan PKR itu tidak boleh ‘disentuh’ sama sekali apabila mempertikaikan siasatan terhadapnya.

“Takkan tidak boleh siasat, tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang. Mereka baru periksa saja sama ada tuduhan itu benar atau tidak, kalau tidak betul, tak apalah.

“Kita perlu hormat undang-undang, ini baru nak ambil fail sudah takut,” katanya.

Sementara itu, Mohamad yang juga Timbalan Presiden UMNO menegaskan, tidak timbul soal nama individu lain, sebaliknya BN sudah menetapkan bahawa Datuk Seri Ismail Sabri adalah calon tunggal sebagai Perdana Menteri jika gabungan itu mendapat mandat rakyat, Sabtu ini.

Katanya, nama Naib Presiden UMNO itu akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong jika BN berjaya membentuk kerajaan, namun ia akhirnya terpulang kepada baginda untuk memuktamadkannya.

“Itu semua hak mutlak Yang di-Pertuan Agong untuk melantik nama yang kita calonkan (persembahkan), namun jika baginda berasakan ada calon lain, itu terpulang kerana ia hak mutlak Tuanku,” katanya.

Mohamad menyifatkan isu pelantikan Perdana Menteri itu sengaja dimainkan musuh politik bagi mengalihkan perhatian pengundi.

Sementara itu, beliau berkata melalui manifesto BN, Pelan Amal dan Usaha (PADU) adalah bermatlamatkan bagi memastikan rakyat mempunyai makanan di atas meja, ada bumbung untuk berteduh dan menangani kenaikan kos sara hidup.

“PADU adalah kesinambungan inisiatiaf yang dilakukan BN sejak mentadbir negara 60 sejak tahun lalu, namun kini ia hanya ditambahbaik mengikut kesesuaian keadaan semasa,” katanya. – BH ONLINE

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close