MalaysiaPilihan Editor

Rakyat Malaysia Tidak Mampu Dengar Maklumat Mengelirukan, Tatkala Negara Masih Gundah-Gelana – Norliza

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

 

Rakyat Malaysia sudah tidak mampu mendengar maklumat yang mengelirukan !

Rakyat Malaysia sudah tidak mampu melihat perkara yang terarah kepada kemusnahan kepercayaan !

Rakyat Malaysia sudah tidak mampu meletakkan harapan tinggi !

Rakyat Malaysia sudah tidak mampu untuk melihat keadaan negara yang masih gundah-gelana !

Itulah gambaran Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim yang menjunjung kasih di atas titah kenyataan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan rasa amat dukacita kenyataan pembatalan Ordinan Darurat dibuat sebelum dapat perkenan.

Malahan, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia juga menegaskan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun hendaklah bertanggungjawab di atas kerosakan yang diterjemahkan secara salah yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Rakyat Malaysia sudah tidak mampu mendengar maklumat yang mengelirukan terarah kepada kemusnahan kepercayaan dan harapan tinggi yang diberikan, apatah lagi keadaan negara yang masih gundah-gelana.

“Sewajibnya kerajaan Perikatan Nasional meneruskan misi keharmonian dan kesejahteraan rakyat yang lebih diyakini dengan membentangkan pelan pemulihan ekonomi lebih jelas, bantuan rakyat lebih adil serta kejujuran kepimpinan lebih telus,” katanya dalam satu kenyataan media di sini.

Pada hemat beliau, YAB Perdana Menteri tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara serta membelakangi fungsi dan kuasa Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close