MalaysiaPilihan Editor

Rakyat Malaysia Hendaklah Menzahirkan Diri Sendiri Kukuh, Kuat, Erat & Berganding Bahu Sebagai Cerminan Keluarga Malaysia Teguh Bersama – Norliza

Oleh wartawan BacalahMalaysia.my

“Zahirkan diri (rakyat Malaysia) sendiri kukuh, kuat, erat dan berganding bahu sebagai cerminan sebuah Keluarga Malaysia Teguh Bersama,” itulah laungan semangat “Merdeka’, Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim.

Dalam entri muat naik di Facebook Rasminya, beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia turut mengajak rakyat Malaysia untuk membebaskan diri dalam erti kata sebenar-benarnya bagi menjadikan diri sebagai rakyat Malaysia yang unggul.

“Apa erti Teguh Bersama seandainya masih ada pemikiran yang negatif, fitnah, tamak haloba, benci membenci, bercakaran dalam media sosial baharu malahan cubaan menghasut rakyat dan mengancam pemulihan ekonomi negara ?

“Ayuh rakyat Malaysia, kita masih tidak merdeka seandainya masih mempunyai elemen minda dan perasaan tidak sihat.

“Ayuh rakyat Malaysia bebaskan diri anda dalam erti kata sebenar-benarnya, jadikan diri sebagai rakyat Malaysia yang unggul.

“Zahirkan diri sendiri kukuh, kuat, erat, berganding bahu sebagai cerminan sebuah Keluarga Malaysia Teguh Bersama !,” katanya dalam muat naik Facebook rasminya.

Terdahulu sempena Hari Kemerdekaan Ke-65 ini, kesepaduan sosial, integrasi nasional dan perpaduan antara kaum adalah kunci untuk keharmonian, kemakmuran dan kesejahteraan negara, titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Al-Sultan Abdullah bertitah, tiga perkara itu juga adalah kunci kepada kekuatan bagi menghadapi apa juga cabaran yang akan datang, bersesuaian dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini iaitu “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”.

“Sehubungan itu, Seri Paduka bertitah adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk bukan sahaja memelihara dan mempertahankan keharmonian yang telah dikecapi selama ini, malah berusaha menyemarakkannya sesama kita sebagai sebuah Keluarga Malaysia. – BACALAHMALAYSIA.MY

 

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close