MalaysiaPilihan Editor

MEMILIH PRU15: KEME ORANG BOTE, Semangat Biru BN Pak Syed Isa Berkayuh Terus Kental

Oleh wartawan BacalahMalaysia,my

Semangat juang Tun Abdul Razak Hussein membuatkan jiwa Pak Syed Isa Syed Musa terus kental membawa suara Barisan Nasional (BN).

“Susah senang BN ini awok (saya) sudah tempuhi selama ini, terutama di Bote (Bota).

“Tidak pernah luntur…sama seperti perjuangan Tun Razak yang tidak pernah luntur,” kata Pak Syed Isa ketika ditemui sedang berbasikal menghala ke pekan Bota untuk bersarapan.

Setiap hari Pak Syed Isa yang berusia 57 tahun berbasikal hampir tiga kilometer  ke pekan Bota untuk bertemu rakan-rakan.

Ketika ditanya baju yang dipakai dan basikalnya lengkap bendera BN, Pak Syed Isa berkata dia mengambil semangat PRU-15 (Pilihan Raya Umum Ke-15) dan tidak malu berpakaian biru “ORIGINAL” ini dan mengibarkan bendera BN yang diikatkan pada basikalnya.

“Yang penting BN tetap di hati ini,” katanya lagi. – BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close