MalaysiaPilihan Editor

Lebih 70,000 Penuhi Dataran Merdeka Rai Hari Kebangsaan 2022

Begitu meriah !

Bersemangat dalam satu Keluarga Malaysia, Teguh Bersama !

Selepas dua tahun hari kemerdekaan negara diraikan tanpa kemeriahan akibat pandemik COVID-19, sambutan Hari Kebangsaan 2022 tahun ini kembali diwarnai keceriaan dan kibaran Jalur Gemilang ratusan ribu hadirin di Dataran Merdeka.

Sambutan tahun ini juga menyaksikan pembabitan lebih 20,000 peserta persembahan dan perarakan, 76 haiwan dalam perkhidmatan, 369 aset darat dan 68 aset udara daripada pelbagai agensi di Dataran Merdeka, tapak bersejarah yang menjadi saksi pengibaran Jalur Gemilang buat pertama kali pada 31 Ogos 1957.

Acara hari ini bermula dengan ketibaan pembesar negara, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin sekitar jam 7.45 pagi.

Sambutan secara rasmi bermula dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan menaiki kereta kuda diraja sekitar jam 8 pagi.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyaksikan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka. Turut sama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kabinet. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyaksikan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka. Turut sama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kabinet. – NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Anggota Angkatan Tentera Darat dari Unit 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) melakukan tembakan meriam kehormat sebanyak 14 das bagi melambangkan 14 buah negeri dalam Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka hari ini. - Foto BERNAMA
Anggota Angkatan Tentera Darat dari Unit 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) melakukan tembakan meriam kehormat sebanyak 14 das bagi melambangkan 14 buah negeri dalam Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka hari ini. – Foto BERNAMA

Ia disusuli lintasan hormat lima helikopter yang membawa Jalur Gemilang serta tembakan 14 das meriam melambangkan 14 negeri dalam Malaysia oleh 41 Bateri Istiadat Rejimen Artileri Diraja, diketuai Leftenan Kolonel Mohamad Asri Che Wil.

Lagu Negaraku kemudian berkumandang, serentak dengan acara menaikkan Jalur Gemilang, diikuti lagu tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama, yang didendangkan hadirin bersama barisan artis tanah air.

Ia adalah julung kali nyanyian lagu Negaraku disampaikan oleh 12 artis tempatan semasa upacara menaikkan jalur gemilang diiringi 65 pemuzik Orkestra RTM pimpinan Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail.

Kemeriahan sekitar Dataran Merdeka ketika berlangsungnya sambutan Hari Kebangsaan 2022 hari ini. - Foto BERNAMA
Kemeriahan sekitar Dataran Merdeka ketika berlangsungnya sambutan Hari Kebangsaan 2022 hari ini. – Foto BERNAMA

Sebuah helikopter kontinjen keselamatan melakukan lintas hormat ketika berlangsungnya sambutan Hari Kebangsaan 2022 hari ini. - Foto BERNAMA
Sebuah helikopter kontinjen keselamatan melakukan lintas hormat ketika berlangsungnya sambutan Hari Kebangsaan 2022 hari ini. – Foto BERNAMA

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka. - NSTP/Asyraf Hamzah
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat tiba menghadiri sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka. – NSTP/Asyraf Hamzah

Orang ramai mula membanjiri Dataran Merdeka untuk menyaksikan perarakan pada sambutan Hari Kebangsaan 2022. – NSTP/Genes Gulitah

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyaksikan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka. Turut sama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kabinet. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyaksikan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka. Turut sama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kabinet. – NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Perarakan kontinjen orang asli pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka. - NSTP/Aswadi Alias
Perarakan kontinjen orang asli pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka. – NSTP/Aswadi Alias

Orang ramai di jejantas Sogo, Kuala Lumpur bagi menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan 2022. - NSTP/Hazreen Mohamad
Orang ramai di jejantas Sogo, Kuala Lumpur bagi menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan 2022. – NSTP/Hazreen Mohamad

Orang ramai di LRT Masjid Jamek untuk menyaksikan perarakan pada Hari Kebangsaan 2022. - NSTP/Genes Gulitah
Orang ramai di LRT Masjid Jamek untuk menyaksikan perarakan pada Hari Kebangsaan 2022. – NSTP/Genes Gulitah

Antara peserta perbarisan anggota Angkatan Tentera Malaysia membuat persiapan awal pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 dengan tema 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' di Dataran Merdeka. - NSTP/Aswadi Alias
Antara peserta perbarisan anggota Angkatan Tentera Malaysia membuat persiapan awal pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 dengan tema ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ di Dataran Merdeka. – NSTP/Aswadi Alias

Tengku Kaifimirza (kiri) bersama kakitangan NSTP mengedarkan akhbar BH, HM dan NST secara percuma kepada orang ramai sempena Hari Kebangsaan 2022 di LRT Masjid Jamek hari ini - Foto NSTP/Genes Gulitah
Tengku Kaifimirza (kiri) bersama kakitangan NSTP mengedarkan akhbar BH, HM dan NST secara percuma kepada orang ramai sempena Hari Kebangsaan 2022 di LRT Masjid Jamek hari ini – Foto NSTP/Genes Gulitah

Acara diteruskan dengan bacaan ikrar Rukun Negara oleh pembesar negara dan hadirin, diketuai atlet pecut negara yang juga pemegang rekod 100 meter negara, Muhammad Azeem Fahmi, bersama-sama 65 Keluarga Malaysia mewakili pelbagai kaum, sebelum disusuli laungan merdeka sebanyak tujuh kali.

Hadirin kemudian dipersembahkan dengan persembahan khas oleh 600 murid sekolah, dan ia diteruskan dengan acara perbarisan dan perarakan membabitkan kontinjen kenegaraan, urus tadbir negara, konvoi Kembara Merdeka, ketenteraman awam, keselamatan negara dan Keluarga Malaysia.

Orang ramai yang hadir bagi menyaksikan acara perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka. - NSTP/Hazren Mohamad
Orang ramai yang hadir bagi menyaksikan acara perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka. – NSTP/Hazren Mohamad

Keadaan awal pagi ketika sambutan Hari Kebangsaan 2022 dengan tema 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' di Dataran Merdeka. - NSTP/Aswadi Alias
Keadaan awal pagi ketika sambutan Hari Kebangsaan 2022 dengan tema ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ di Dataran Merdeka. – NSTP/Aswadi Alias

Dalam perarakan kali ini, 60 pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan Universiti Pertahanan Nasional dan kadet pelatih Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia dipertanggungjawab membawa Jalur Gemilang gergasi.

Antara keunikan dalam perbarisan tahun ini adalah perarakan 30 kenderaan klasik yang membawa karyawan seni tanah air, serta perarakan 65 motosikal berkuasa tinggi daripada Persatuan Motosikal Berkuasa Tinggi Malaysia sebagai simbolik sambutan kemerdekaan negara ke-65, serta kereta berhias daripada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta.

Sambutan Hari Kebangsaan 2022 turut mempamerkan kemajmukan pelbagai kaum, khususnya dengan penyertaan 84 Orang Asli dalam perbarisan diketuai Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang juga Ahli Parlimen Cameron Highland, Datuk Ramli Mohd Noor. Beliau adalah Ahli Parlimen pertama daripada komuniti Orang Asli.

Turut menarik perhatian adalah perarakan aset keselamatan dan pertahanan negara, antaranya oleh pasukan bomba, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Antara yang mencuri tumpuan termasuklah beberapa aset Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang membawa misil, torpedo dan periuk api.

Acara dinanti-nantikan hadirin pastinya pertunjukan udara oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), antaranya dibarisi lima pesawat pejuang Sukhoi SU 30 MKM yng diterbangkan dengan kelajuan 500 kilometer sejam, selain dua pesawat F-18D Hornet dan empat BAE Hawk.

Orang ramai teruja menyaksikan acara perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka. - NSTP/Hazreen Mohamad
Orang ramai teruja menyaksikan acara perbarisan dan perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka. – NSTP/Hazreen Mohamad

Orang ramai di LRT Masjid Jamek untuk menyaksikan perarakan pada Hari Kebangsaan 2022. - NSTP/Genes Gulitah
Orang ramai di LRT Masjid Jamek untuk menyaksikan perarakan pada Hari Kebangsaan 2022. – NSTP/Genes Gulitah

Antara peserta perbarisan anggota Angkatan Tentera Malaysia membuat persiapan awal pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 dengan tema 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' di Dataran Merdeka. - NSTP/Aswadi Alias
Antara peserta perbarisan anggota Angkatan Tentera Malaysia membuat persiapan awal pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 dengan tema ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ di Dataran Merdeka. – NSTP/Aswadi Alias

Antara peserta perbarisan anggota Angkatan Tentera Malaysia membuat persiapan awal pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 dengan tema 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama' di Dataran Merdeka. - NSTP/Aswadi Alias
Antara peserta perbarisan anggota Angkatan Tentera Malaysia membuat persiapan awal pada sambutan Hari Kebangsaan 2022 dengan tema ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ di Dataran Merdeka. – NSTP/Aswadi Alias

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close