MalaysiaPilihan Editor

Isu Kapal Tempur TLDM: ‘Tak Wajar Kait Dengan Saya’ – Zahid

Ahmad Zahid menjelaskan, menurut laporan audit PAC, kontrak kepada BNS dianugerahkan mengikut Garis Panduan Permohonan Perolehan Secara Rundingan Terus bertarikh 17 April 2002.
Ahmad Zahid menjelaskan, menurut laporan audit PAC, kontrak kepada BNS dianugerahkan mengikut Garis Panduan Permohonan Perolehan Secara Rundingan Terus bertarikh 17 April 2002.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata tidak wajar menuding kepadanya berkait isu kegagalan perolehan kapal tempur pesisir (LCS).

Kata Presiden UMNO itu, beliau bukan menteri pertahanan ketika projek itu diberikan, sebaliknya memegang portfolio berkenaan dalam tempoh April 2009 hingga Mei 2013.

Ahmad Zahid menegaskan, mereka yang terbabit dalam kegagalan perolehan LCS perlu menjelaskan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Saya memegang jawatan sebagai Menteri Pertahanan dari April 2009 hingga Mei 2013. Jadi mana-mana pihak yang menyebabkan kelewatan pembinaannya haruslah bertanggungjawab memberikan penjelasan kepada PAC.

Khamis lalu, PAC mengumumkan sembilan rumusannya sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam kapal tempur pesisir (Littoral Combatant Ship – LCS) bernilai RM9 bilion.

BNS adalah anak syarikat Boustead Holdings Bhd, yang pemegang saham terbesarnya adalah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menjelaskan, menurut laporan audit PAC, kontrak kepada BNS dianugerahkan mengikut Garis Panduan Permohonan Perolehan Secara Rundingan Terus bertarikh 17 April 2002.

“Secara jelas ia tiada kaitan dengan saya, malah LTAT sendiri menjadi pemegang saham terbesar dalam syarikat pembinaan LCS itu,” katanya turut menyatakan kesediaan memberi keterangan dan penjelasan kepada PAC berhubung isu terbabit.

Dalam laporannya sebelum ini, PAC turut memaklumkan kajian daya maju yang dilakukan kerajaan terhadap BNS untuk pembinaan lima kapal LCS TLDM gagal mengesan masalah kewangan syarikat itu.

Ia dibuktikan apabila kerajaan terpaksa membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1.36 bilion kepada BNS, bertentangan dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007, yang berkuat kuasa ketika itu.

 

 

 

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (tengah) dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim (dua dari kanan) ketika hadir upacara penamaan dan pelancaran Kapal Tempur Pesisir Tentera Laut Diraja Malaysia di Boustead Naval Shipyard, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut, 24 Ogos 2017. - Foto fail NSTP
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah (tengah) dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim (dua dari kanan) ketika hadir upacara penamaan dan pelancaran Kapal Tempur Pesisir Tentera Laut Diraja Malaysia di Boustead Naval Shipyard, Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut, 24 Ogos 2017. – Foto fail NSTP

 

LCS pertama sepatutnya dihantar pada 2019 tetapi hanya 44 peratus siap, menurut laporan PAC.

Laporan itu juga mengatakan pandangan panglima TLDM tidak diendahkan oleh Kementerian Pertahanan dan Boustead.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli sebelum ini mendakwa siasatan dalaman juga menunjukkan sekurang-kurangnya RM890 juta telah diselewengkan daripada projek itu akibat penipuan, pertindihan kontrak dan pelbagai penyelewengan lain. – UMNO ONLINE/BH ONLINE/BACALAHMALAYSIA.MY

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close