Kedai RuncitMalaysiaPilihan Editor

Rakyat Malaysia Semakin Kurang Gunakan Wang Tunai

Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mendedahkan bahawa peratusan rakyat Malaysia yang menggunakan tunai untuk membuat pembayaran turun 11 peratus kepada 78 peratus daripada 89 peratus sebelum pandemik.

Dapatan kaji selidik ‘PayNet Digital Payments Insights Study 2022’ yang dikeluarkan hari ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masih lagi banyak menggunakan tunai bagi pembayaran, namun pergantungan kepada tunai telah susut, sama seperti dapatan di negara-negara lain.

“Bagaimanapun, rakyat Malaysia semakin kurang menggunakan tunai dalam pembayaran harian (48.4 peratus) dan kurang di kawasan bandar (36.2 peratus), kemungkinan disumbang oleh peningkatan pembayaran QR, kepercayaan tinggi terhadap kad kredit serta kebimbangan kaedah menggunakan tunai akan menyebabkan mudah dijangkiti virus pandemik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

PayNet berkata perniagaan, kecuali di wilayah Pantai Timur dan selatan, mengalami perubahan dalam tingkah laku pembayaran pelanggan sejak pandemik, dengan tunai tidak lagi menjadi kaedah pembayaran utama manakala di wilayah Utara menunjukkan perubahan paling ketara.

Laporan itu juga mengetengahkan keutamaan transformasi digital perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan halangan yang dihadapi dalam melaksanakan pembayaran digital dan menyenaraikan empat pemacu utama bagi mengekalkan pembayaran digital.

Bagi maklumat lanjut mengenai laporan itu, boleh layari https://paynet.my/publications/Digital-Payments-Insights-Study-2022.pdf. -BERNAMA

BacalahMalaysia Team

Berita portal paling trending di negara ini. Tanpa prejudis menjadikan suara rakyat didengari sewajarnya, ada kelainan, dekat di hati masyarakat dan pemerintah. Currently the country's most trending news portal. Prejudice free website that prioritizes and listens to the voice of the people with a difference, community and authority friendly

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Close